Assalamualaikum dan hai semua.Pada petang ini baru nuna mempunyai kelapangan untuk membincangkan topik yang sangat rapat dengan kaum hawa khususnya.Topik yang sememangnya sudah lama nuna hendak tulis iaitu mengenai rutin penjagaan bibir.

Bibir yang sihat dan merah adalah dambaan semua wanita.Dengan mempunyai penampilan bibir yang cerah dan bebas daripada kusam dan hitam semestinya akan memberikan lebih keyakinan buat para wanita.Malah dengan memiliki bibir yang hitam menyukarkan kita untuk keluar tanpa mengoleskan gincu.Kadang kala,kita semestinya ingin cepat dan tidak mempunyai masa yang lama untuk bersiap siap.Ditambah pula jika wanita sudah berumahtangga,sudah semestinya masa yang digunakan untuk mempersiapkan diri digunakan untuk menguruskan keluarga.

Oleh sebab itulah,nuna hendak berkongsi serba sedikit tips yang diamalkan untuk memiliki bibir yang cantik,merah dan yang paling penting bibir yang bebas daripada hitam.Nuna tak nak bercakap Panjang,eloklah kita baca apa tips yang nuna hendak berkongsi pada entri kali ini.


Sebenarnya perasan tak kita tak mengamalkan tabiat merokok pun tetapi bibir kita masih berwarna hitam?Sebabnya biasalah kitakan sentiasa keluar ke sana dan kesini atas urusan kerja ataupun menjalani aktiviti seharian akan lebih terdedah kepada pancaran terik matahari.Hal ini kerana bibir kita tidak mempunyai melanin yang berupaya untuk menghalang sinaran uv dan akhirnya menjadikan bibir kita semakin gelap.


Jadi nuna tak nak korang mengalami masalah ini lagi,jom amalkan beberapa petua alami semestinya selamat untuk diamalkan.


1.Sapukan madu

caranya oleskan madu asli ke bibir secara merata dan biarkan selama 15 minit.Selepas 15 minit bersihkan bibir dengan air suam.Amalkan selama beberapa minggu,nanti korang akan rasai perubahannya.Tapi jangan pakai madu sampai tidur mahu pagi esok bangun bibir dah bengkak akibat digigit semut..huhuhuuhu..jangan ok.

2.Mentega/marjerin

Mentega atau marjerin merupakan salah satu cara yang pernah nuna cuba untuk merawat bibir nuna yang kerap merekah dan sedikit hitam akibat produk kosmetik yang tidak sesuai dengan bibir nuna.Jadi setiap malam ,nuna akan selongar dalam peti ais untuk mencari mentega.Selepas itu, oleskan ke bibir selama 15 minit dan bersihkan bibir.

semoga korang semua,boleh mendapat sedikit manfaat dari celoteh nuna pada kali ini dan apa yang paling penting konsisten dalam apa yang dilakukan sangat membantu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

sehingga jumpa lagi di lain entri.

0 Comments