Hai semua,harini nuna hendak berkongsi tentang salah satu jenama ubat gigi yang  buat nuna jatuh cinta entah berapa kali mungkin berkali kali sampai penat nuna hendak menghitungnya.hehehe.Review kali ini mengenai ubat gigi systema.

Baiklah untuk pengetahuan korang systema merupakan salah satu jenama dibawah syarikat Lion yang mana merupakan salah satu syarikat yang sememangnya khusus dalam oral care yang mana sentiasa mengalami pembaharuan dan inovasi yang khusus untuk kesihatan penjagaan mulut yang terbaik.Bukan biasa biasa produk systema kan.


untuk korang yang baru pertama kali ingin mencuba dan tercari cari ubat gigi yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti nafas berbau,gigi sensitif, masalah plak yang semakin lama semakin menebal,jangan risau kerana dengan pemakaian ubat gigi systema secara konsisten boleh membantu membuat gigi korang putih,bersih dan sihat.

Nuna sebenarnya keliru waktu pertama kali ingin mencuba ubat gigi systema ini.napa agaknya ye?Tidak lain dan tidak bukan systema mempunyai tiga variasi iaitu systema exyra gum protect,systema extreme clean breath dan systema deep clean whitening.

Setakat ini,nuna telah menggunakan kesemua ketiga tiga variasi ubat gigi tersebut. nuna mempunyai gigi sensitif  ketika memberus gigi pasti akan berdarah sedikit.Jadi setelah menggunakan systema extra gum proctection gusi nuna tidak berdarah lagi,kalau ada pun sedikit sangat dan boleh katakana gusi nuna rasa lebih sihat,bersih dan segar.Bau mint dalam ubat gigi ini menyamankan lagi ketika memberus gigi.Apa yang best plak pada celah gigi nuna tertanggal dengan sendiri.

Apabila gusi dah semakin pulih setelah nuna konsisten pakai hampir3 bulan,jadi nuna cuba pulak extreme clean breath dan deep clean whitening.Kedua duannya sungguh elok dan berbaloi dengan harga yang nuna laburkan.Extreme clean breath akan buat nafas kita jadi segar dan kurang berbau.Sangat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai masalah nafas berbau dan hendak hilangkannya.Deep clean whitening pula membuatkan gigi nuna semakin hari semakin bertambah putih dan sihat.Selalu rasa nak senyum dekat orang yang nuna jumpa,sebab rasa yakin dengan gigi sekarang.


Lastly,produk systema sangatlah nuna sarankan cuba sendiri  dan  rasai perbezaanya.Jadi nuna bagi 10/10 bintang untuk produk penjagaan mulut systema.Really recommended to all.






.

2 Comments

  1. Boleh la cuba nanti ni untuk gigi lebih putih.

    ReplyDelete
  2. Boleh laa cuba nanti,memang ubat gigi ni bagus untuk gigi. Nuna sendiri pun dh cuba memang rasa gigi lebih putih dan segar.

    ReplyDelete

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.