FACEMIST NANO FRESH WHITE UNTUK KULIT SIHAT,CERAH DAN SEGAR SEPANJANG MASA - Nuna Abdullah Nuna Abdullah: FACEMIST NANO FRESH WHITE UNTUK KULIT SIHAT,CERAH DAN SEGAR SEPANJANG MASA

FACEMIST NANO FRESH WHITE UNTUK KULIT SIHAT,CERAH DAN SEGAR SEPANJANG MASA

Nuna Abdullah | September 16, 2019 | 42 Comments
Assalam dan hai korang.Harini nuna  nak menceritakan tentang salah satu produk penjagaan muka yang memang penting dan sangat sangatlah membantu korang semua untuk mendapatkan kulit muka yang segar dan dan tidak kering.produk tersebut ialah facemist.Penting ke facemist ni?

facemist memang sangat penting untuk muka kita.Tanpa facemist kulit kita kelihatan tidak bermaya dan letih.Maklum sahajalah dengan cuaca sekarang ini yang panas terik ditambah pula dengan keadaan berjerebu ,memang banyak menyumbang kepada kekeringan kulit terutamanya pada bahagian muka kita yang sememangnya turut terdedah dengan asap asap,udara yang tidak bersih dan juga debu debu.

kebetulan semalam nuna menapak ke Watson yang berdekatan untuk nuna cari barang keperluan diri yang semakin habis,alang alang dah sampai kesitu,maka bermulalah misi nuna untuk mencari facemist untuk diri nuna ini.Pada waktu itu juga,ada sale girl Watson yang berlegar legar lalu nuna pun apa lagi pergi tanya dekat sale itu ,facemist apa yang biasanya paling ramai orang pakai dan Laris???

Dengan ramah tamah,sale girl tersebut telah mengesyorkan nuna supaya mencuba facemist jenama nano white fresh.Nuna apa lagi setelah dengar macam itu terus sahaja pergi ambil dan grab facemist nano white fresh.Apa yang membuatkan nuna lagi tertarik dengan nano white fresh ini adalah packagingnya.Sungguh cantik dan comey sangat dengan gambar rainbow,kucing comey dan pasu bunga serta penyiram bunga pun ada sekali.kalau budak budak nampak confirm menangis nak beli..hahahaha..nuna gurau je.

selepas balik kerumah,nuna terus buka kotak facemist nano fresh white untuk mencubanya.sekali sembur dekat muka,rasa sejuk dan segar je.Ditambah pula dengan haruman yang menyegarkan Rasa berangin sikit sebab ada tea tree oil yang sememangnya sangat terkenal bagi menyelesaikan masalah kulit berjerawat dan juga mengurangkannya.vitamin c pun antara bahan bahan yang turut terkandung dalam facemist nano fresh white.memang ohsem sangat.

Nano white fresh ini juga mempunyai Sembilan manfaat dalam satu.
-mengurangkan penampakkan pori pori pada kulit wajah
-membaik pulih pori pori kulit
-mencerahkan kulit
-mengurangkan kesan sunburn pada muka
-mengurangkan jerawat
-mengekalkan keseimbangan kulit
-melegakan parut jerawat pada kulit
-menghidratkan kulit supaya cerah berseri dan bersinar.

setakat penggunaan nuna yang  sudah masuk satu bulan lebih.apa yang nuna boleh ceritakan perubahan yang dapat nuna rasai selepas pemakaian facemist ini adalah muka nuna Nampak lebih segar dan cerah walaupun berjam jam berada di luar rumah dan melakukan pelbagai aktiviti aktiviti lain.Paling ketara muka tidak Nampak lesu dan letih walaupun panas terik.

p/s:untuk korang yang tercari cari facemist yang untuk kegunaan harian,nuna amatlah menyarankan korang untuk mendapatkan nano white fresh ini di Watson Watson berdekatan dengan tempat korang.sangat berbaloi dan harga sangat mampu milik.




42 comments:

  1. baru tahu function face mist hahaha. salam kenal juga, done follow #26 https://thejagungspirasi.blogspot.com/2019/09/nasi-lemak-mcd-dah-jadi-makanan.html

    ReplyDelete
  2. Tak pernah guna face mist lagi stakat ni. Mmg guna skin care basic-basic je. Maybe leh try gak lepas ni. Tq Share!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba sebab facemist ni dapat kekalkan kelembapan kulit dan menjaga kelembapan kulit.tq kerana sudi singgah blog nuna

      Delete
  3. nampak best tu. macam segar aje muka ye. boleh try ni. tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  4. Kalau ada perkataan Nano ni maknanya produk dia ni halus. Saya rasa face mist ni boleh menembusi bahagian kulit yang dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul.memang perkataan nano maksudnya partikel yang halus jadinya boleh meresap masuk ke lapisan kulit yang terdalam.tq singgah blog nuna

      Delete
  5. facemist ni boleh spray atas muka yg dah make up ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep,boleh je spray dekat muka yang dah makeup.tq singgah blog nuna

      Delete
  6. oh produk baru nano white eh.. tak perasan pun iklan kat tv. boleh tahan banyak jugak banefit guna facemist nano white ni terutama nak kurangkan jerawat muka tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah,memang banyak benefit pakai facemist.kalau pakai muka kita rasa moist dan tak rasa kering.tq singgah blog nuna

      Delete
  7. menarik jugak facemist nano fresh ni..boleh la nanti nak try lagipun boleh dapatkan di Watson jer kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan,memang menarik facemist ni dan mudah je nak dapatkan dekat Watson berdekatan.tq singgah blog nuna

      Delete
  8. Wow dah ada facemist. Nanti bolehlah cuba. Best tau pakai facemist ni. Muka rasa fresh dan segar je. Nak beli pun senang sebab ada di Watson mahupun Guardian. Tempat wajib singgah sis setiap bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best pakai facemist sebab muka tak rasa kering dan lesu.setiap bulan nuna pun mesti singgah Watson
      .hihihi..tq singgah blog nuna

      Delete
  9. Penjagaan muka sekarang teramatlah penting. Persekitaran sekarang ni akan menyebabkan kulit muka tak sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul,sekarang cuaca tak menentu,jadinya kena sentiasa apply facemist setiap kali untuk elakkan kulit muka jadi kering dan kusam.tq singgah blog nuna

      #done follow

      Delete
  10. Tak pernah apply facemist. Selalu nampak kat drugstore...belek-belek tapi tapi tak terbeli. Ada antara rangkaian produk Nano yg yaya dah cuba, memang best. Facemist ni pun macam best je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaya kena cuba facemist nano.serius best dan kulit muka nuna jadi tak kering selepas apply facemist nano.tq singgah blog nuna

      #done follow

      Delete
  11. Sis pun suka pakai facemist, rasa segar aje muka kalau pakai facemist ni. Nanti boleh lah sis cuba brand ni pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah sis,memang best pakai facemist nano.tq singgah blog nuna

      Delete
  12. Dengan cuaca sekarang yg tak menentu panas hujan, tambah pulak dgn jerebu yg tak hilang2 lagi ni, mesti kulit jadi tak bermaya kan? Mesti FACEMIST NANO FRESH WHITE jadi buruan ramai wanita diluar sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat,cuaca yg tak menentu ni memang kena apply facemist supaya segar dan kulit muka jadi tak kering,tq singgah blog nuna

      Delete
  13. selalu tengok brand ni dekat pasaraya and farmasi. ada juga rasa teringin nak try tapi jarang-jarang nampak orang review. bila baca review ni boleh la cuba pulak lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah pakai facemist nano ni,memang best pakai.tq singgah blog nuna

      Delete
  14. Replies
    1. sesuai je pakai ,sebab function facemist nak bagi kulit kita tak kering dan kusam.tq singgah blog nuna

      Delete
  15. Nampak menarik. Saya bukanlah pengguna produk mcm ni tapi in shaa Allah akan syorkan pada kawan2. Terima kasih atas perkongsian ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah,benda baik kita perlu berkongsi.tq singgah blog nuna

      Delete
  16. Selalu tengok je Nano Face mist ni. Jarang baca review. Bila baca review Nuna ni, rasa macam bolehlah nak cuba nanti. Thanks ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah,memang best pakai facemist ni rasa segar jee

      Delete
  17. wahhh tak tahu pulak nano fresh ada facemist! Kalau tahu, dah boleh beli dah haritu, mungkin watson sini takde stok lagi kot. Nanti facemist yang sekarang ni habis, nak try nano pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah ,memang best pakai facemist nano.memang berbaloi

      Delete
  18. wahh kalau pakai product ni? kena pakai hari hari kee atau selang selang

    ReplyDelete
  19. Suka pakai facemist sebab mudah nak pakai. spray spray je cepat siap

    ReplyDelete
  20. Face mist memang penting, sekarang ni ramai dah kurang pakai mekap dan boleh spray face mist tanpa rosakkan mekap sedia ada. Hehe. skin care amat penting, tambahan musim jerebu. Pitam tengok sisa kotoran kat muka.

    ReplyDelete

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.

Nuna Abdullah © . Designed by MaisarahSidi.com