Assalamualaikum dan selamat malam semua…

Hari ini nuna nak berkongsi dengan korang semua mengenai cara merawat muka yang mempunyai masalah jerawat dengan hanya menggunakan green tea dan bahan alami yang lain.

sebelum itu mari nuna ceritakan sedikit mengenai kelebihan green tea atau istilah melayunya teh hijau yang bukan sahaja elok untuk diamalkan sebagai minuman malahan sangat baik untuk dijadikan masker untuk kulit berjerawat.

antara kelebihan teh hijau  adalah:
teh hijau sebenarnya mempunyai sumber yang kaya dengan catechin yang mana berfungsi sebagai salah satu bahan antimicroorganisma yang mampu memusnahkan bakteria yang menyebabkan berlakunya jerawat pada kulit.

teh hijau juga merupakan salah satu bahan yang mampu meredakan kemerah merahan dan juga rasa terbakar yang disebabkan oleh pertumbuhan jerawat.

seterusnya,nuna nak tunjukkan pula cara nuna gunakan teh hijau:

1)sediakan satu sudu madu kecil(nuna gunakan sudu macdonalds sebab tak jumpa sudu kecil lain..hehehe)
2)satu uncang teh boh(boleh je kalua korang hendak guna serbuk green teh pun,nuna guna teh boh sebab mudahkan nuna sebab tak perlu nak sukat)
3)sediakan air panas suam dalam satu cawan kecil(jangan terlalu panas dan terlalu sejuk)
selepas dah sediakan semua bahan,masukkan satu sudu madu dan satu uncang teh boh ke dalam cawan kecil.



Horeyy,akhirnya kacau sebati macam dalam gambar ni.

Cara pakai:mudah sahaja,korang hanya perlu sapukan campuran ini ke muka dan biarkan selama 10 minit.Selepas itu,bilas muka dengan menggunakan air bersih.

p/s:nuna sendiri dah lama sebenarnya amalkan campuran teh hijau campur dengan madu untuk, dapatkan kulit yang bebas dari jerawat.Yang penting muka kita akan rasa lembut dan segar.Lingkaran gelap pun boleh hilang jika korang konsisten pakai 3 atau 4 hari seminggu.

Waktu terbaik nak pakai:Pakai waktu pagi atau pakai sebelum tidur.

semoga entri kali ini bermanfaat untuk korang semua.


-






0 Comments