SEHARI DI DRAWBRIDGE KUALA TERENGGANU
Assalam dan hai semua,pada coretan kali ini,nuna nak berkongsi sedikit pengalaman nuna sehari di Drawbridge kuala Terengganu.Memang cantik dan tersergam indah.Pemandangan laut dan jambatan angkat yang unik ditambah pula dengan angin bayu yang bertiup sempoi sempoi memang syok dan feeling berada di dubai gitu..hehehe,perasan je nuna ni.
untuk anda semua yang bukan orang Terengganu,nuna sangat cadangkan anda datang dan rasai sendiri pengalaman melalui drawbridge dan juga jangan lepaskan peluang untuk masuk ke galeri drawbridge.Paling best galeri drawbridge berada di tingkat paling atas dan anda semua dapat lihat sendiri pemandangan laut dan juga pemandangan bandar kuala Terengganu yang luas dan cantik.
ini merupakan pandangan di atas jambatan drawbridge
ini pula tiket untuk naik ke galeri drawbridge.Murah sangat dan berbaloi kalau nak ajak kaum kerabat datang..RM 5 sahaja untuk dikenakan pada dewasa dan juga kanak kanak yang berumur 2 tahun keatas.
pengunjung beratur untuk membeli tiket
pemandangan luar
pemandangan dari atas.sungguh cantik
ini pula,ruang untuk lihat ke pemandangan laut dan juga pemandangan sekitar bandar kuala terengganu
sehari berada di drawbridge bagi nuna pengalaman yang menarik walaupun nuna dah banyak kali melalui drawbridge ni.hehehe
p/s:untuk anda diluar sana yang bercadang mahu bercuti,melawat atau apa sahaja tujuan ke Terengganu nuna sangat suggest untuk datang sendiri ke drawbridge dan merasai pengalaman berselfie dan juga menikmati pemandangan indah kuala Terengganu.confirm tak menyesal.
sampai disini sahaja entri nuna kali mengenai sehari di Drawbridge.jumpa lagi di entri yang lain.salam sayang-nuna.
0 Comments
Hai visitor
komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.