REVIEW BEDAK COMPACT ALI BRIGHTENING 2 WAY CAKE PRODUK BARU DI WATSON
Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
hari ini nuna hendak review salah satu produk baru yang baru sahaja bertapak di watson iaitu produk jenama ali.sebenarnya produk ali ini mempunyai banyak juga pilihan produk lain seperti body mist,minyak wangi roll malahan bb cream pun ada jenama ali tau.harganya pun mampu milik.jadi tak ada sebab untuk anda tak mencubanya.
namun nuna lebih tertarik dengan untuk mencuba bedak compact ali brightening 2 way cake memandangkan bedak compact nuna dah habis.jadi apa salahnya untuk mencuba sesuatu yang baru kan.
apa yang mendorong lagi nuna membeli bedak compact ali brightrning 2 compact way cake ialah kerana bedak compact ini mempunyai ekstrak jeju blossom dan juga habbatus sauda.wah best bukan.sememangnya diakui bahawa ekstrak habbatus sauda sangat bagus untuk kesihatan dan juga untuk kulit.
memang bagus bedak compact ali brightening 2 way cake ini kerana sepanjang seminggu lebih penggunaan nuna ,apa yang nuna boleh katakan muka nuna masih dalam keadaan elok walaupun berada di bawah panas dan tak rasa melekit ataupun rasa berminyak.muka pun rasa ringan saja sebabnya tekstur bedak ali brightening 2 way cake ini sungguh "smooth"dan bila nuna sapu sahaja dekat muka rasa senang je.memang best.
bukan itu sahaja,bedak compact ali juga mempunyai haruman yang wangi.setiap kali pakai rasa "heaven sangat"sebab baunya tak terlalu kuat tapi soft je.memang syok.
selain itu,bedak compact ali ini mempunyai dua pilihan iaitu natural dan juga ivory.macam nuna lebih suka ivory kerana lebih cerah dan sesuai dengan tona kulit nuna.
bedak compact ali brightening 2 way cake juga mempunyai 10 kelebihan dalam satu yang mana memberikan efek lembap dan juga mencerahkan kulit pada masa yang sama.bukan itu sahaja ekstrak sweet almond membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kulit dari kekeringan dan jeju blossom pula membuatkan kulit kita cerah berseri.
10 manfaatnya adalah
~kecerahan
~Anti pengoksidaan
~menenangkan
~spf15 dan perlindungan
~liputan sempurna
~ton kulit yang rata
~formula ringan
~kulit licin
~penetapan makeup(setting makeup)
~tahan lama(long lasting)
cara penggunaanya pula gunakan span yang kering untuk solekan yang natural manakala gunakan span basah untuk solekan tahan lama(long lasting wearing)
banyak betul manfaat bedak compact ali brightening 2 way cake.
memang berbaloi nuna beli dan memang best sangat bedak compactnya.
nuna bagi 8/10 bintang untuk bedak compact ali brightening 2 way cake ini.sangat puas hati dan selesa untuk dipakai dan apa yang penting mudah untuk ditanggalkan untuk berwuduk.
sampai disini sahaja entri nuna pada kali ini.kita jumpa lagi di lain entri.
salam sayang-nuna...
0 Comments
Hai visitor
komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.