Assalam dan hai semua.Hari ini nuna nak kongsi sedikit pengalaman nuna memakai freeman clay mask lemon plus mint.maklum sajalah muka nuna baru sahaja lepas breakout sebab alah makanan laut.apa yang boleh nuna katakan clay mask dari freeman beauty ini merupakan salah satu jenama kegemaran nuna.

 rangkaian produk freeman sangatlah best  kerana mempunyai pelbagai jenis produk mask dan ditambah pula dengan botol produk masker freeman sangatlah berwarna warni ada pink,biru,hitam,kuning dan banyak lagi pilihan warna yang menarik.hehehe.

setiap  jenis produk freeman mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza.macam nuna sendiri memilih produk freeman clay mask lemon.sebabnya freeman clay mask lemon ini sangat sesuai untuk wajah breakout.

untuk makluman anda ,freeman beauty mengeluarkan pelbagai jenis variasi mask yang boleh anda pilih.ada yang jenis clay,polishing mask,peel off dan jenis scrub pun ada..wah banyak bukan.nuna sendiri pun rasa hendak beli semua je.

nuna pakai clay mask lemon ini pada waktu malam sebelum tidur secara konsisten selama dua minggu berturut turut.bau mask ini sangatlah segar kerana aroma bau lemon sangatlah kuat,jadi rasa tenang je setiap kali pakai.sungguh nyaman.









tekstur clay mask ini sangatlah pekat dan setiap kali nuna sapu dekat muka,kena seratakan supaya mask sekata di seluruh wajah.nuna sendiri gunakan berus untuk sekatakan ke seluruh wajah.barulah ok.hehe.

warna freeman clay mask lemon ini seakan akan baby blue campur hijau ..sangat cantik warna dia,nasib laa bukan makanan kalau tak dah lama nuna makan.

walaupun mask ini Nampak pekat tapi anda semua jangan risau sebabnya mask ini cepat kering dan tak perlu lama.sekitar lima minit dah mask dah mula kering.Tapi macam nuna,biarkan sahaja mask ini dekat muka dalam 10 hingga 15 minit barulah bilas dan basuh muka.

satu lagi apa yang best tentang clay mask freeman adalah senang untuk ditanggalkan dan tak perlulah untuk sental muka sampai merah untuk hilangkan saki baki mask ini.nuna love sangat dengan mask ini.

selepas pakai,mestilah kita nak kesan positif kan..

antara kesan sepanjang nuna guna mask ini.
~muka nuna nampal lebih cerah,licin dan paling best rasa lembut sangat.sebabnya dalam freeman clay mask lemon plus mint ini ada ekstrak lemon yang mana lemon berfungsi sebagai ejen pencerah kulit semula jadi.

~muka terasa kurang berminyak dan segar.
~parut nuna kesan makan makanan laut pun semakin pudar.
~tak memedihkan serta mencengkam muka.rasa tenang dan memang bagus untuk kulit muka sensitif.

ok,itu sahaja kesan positif sepanjang nuna konsisten amalkan freeman mask mint plus mint dari freeman beauty.

untuk anda yang ingin mendapatkannya boleh sahaja dapatkannya di Watson berdekatan dengan kawasan anda.tak rugi melabur sedikit duit untuk kulit yang sihat.

lastly,nuna sangat sarankan untuk anda diluar sana yang sedang menghadapi kulit wajah breakout untuk mencuba clay mask ini.

nuna bagi 9/10 bintang untuk clay mask ini yang sangat terbaik.

sampai disini sahaja entri nuna pada kali ini,kita jumpa lagi di lain masa dan semestinya di lain entri.

salam sayang-nuna...







0 Comments