Assalamualaikum w.b.t semua.Sudah lama rasanya nuna tidak kongsikan tips kecantikan untuk semua pembaca blog nuna.Rindu rasanya.Jadi memandang ada ruang dan kesempatan masa yang terluang,nuna hendak kongsikan mengenai cara yang betul pakai toner?


Nuna yakin masih ramai diluar sana yang tidak tahu cara yang betul pakai toner.Jadi apa kata setelah baca perkongsiaan nuna pada kali ini,apa kata anda semua ubah kepada cara pemakaian toner dengan betul.Barulah dapat hasil yang memuaskan.

sebelum nuna mengulas mengenai toner.Apa kata anda semua baca dahulu apa itu fungsi toner.


Antara fungsi dan kebaikan utama toner :
  • ✓Menyingkirkan lebihan kotoran yang tidak mampu dibersihkan oleh pencuci muka (daki,sel kulit mati & sebagainya)
  • ✓Membersihkan sisa pencuci muka yang tidak dapat dibersihkan oleh air sepenuhnya
  • ✓Menyeimbangkan pH kulit wajah
  • ✓Menutup liang roma yang terbuka semasa proses mencuci muka
  • ✓Menaikkan seri wajah
  • ✓Melembutkan dan melembapkan kulit
  • ✓Mengecutkan jerawat


Menggunakan kapas





Ada pendapat mengatakan apabila kita menggunakan kapas untuk memakai toner,keburukannya kurang jimat sebab lebih banyak toner diserap pada kapas berbanding yang akan diserap oleh kulit.

Namun,kelebihan menggunakan kapas untuk menyapu toner ialah ia dapat 'menarik' keluar kesemua sisa kotoran pada kulit. Sebab tu bila kita nampak tiap kali sapu toner guna kapas,kapas akan kelihatan kotor.


2 Menggunakan jari 


Sapu toner tanpa menggunakan kapas !

Sudah semestinya kebaikan dan kekurangannya berlawanan dengan  menggunakan kapas.


Sapu toner hanya dengan menggunakan jari adalah lebih jimat sebab jari tidak akan menyerap banyak toner.


Tapi,fungsi toner ialah untuk menyingkirkan sel kulit mati dan sisa kotoran,blackhead,whitehead semua.

Dengan hanya menggunakan jari agak payah sebenarnya untuk kita 'menarik' kesemua kotoran yang melekat pada wajah.

Selain itu,tangan juga adalah tempat pembiakan bakteria yang utama jadi tahap kebersihannya adalah kurang terjamin.


Sebab itu ada yang semakin berjerawat apabila menggunakan toner dan menyapunya pada wajah dengan hanya menggunakan jari (tanpa kapas).



#3 Pakai toner dengan gerakan "tap" iaitu 'tepuk' dan bukannya "rub" iaitu gosok






Kenapa?

Sebab ada yang percaya bahawa apabila kita menyapu toner dengan gerakan 'menggosok' ia akan membuat pori semakin terbuka.
Hal ini adalah benar,tapi perlu diingat juga bahawa fungsi utama toner ialah untuk menutup liang pori dan menyingkirkan sisa kotoran. 

Jadi,pemakaian secara 'rub' sebenarnya masih relevan. 

Jika kita tidak gosok,tidak akan ada atau kurang dari 30% kotoran yang mampu ditarik keluar.

Toner juga umumnya dicipta untuk menutup pori terbuka,jadi tidak usah risau jika cara 'menggosok' boleh menyebabkan pori semakin terbuka.
Cuma perlu berhati-hati,jangan gosok terlalu kuat kerana nanti akan merengsakan kulit.

Namun ia bergantung juga dengan jenama toner yang dipakai,mungkin ada sesetengah toner yang mengandungi bahan yang tidak mampu menutup pori jika disapu secara 'rub'.



4 Mencampurkan toner dengan rangkaian skincare lain seperti serum,krim pelembap/sunscreen dan foundation.




Cara ni jarang dilakukan tapi sebenarnya sering diamalkan oleh wanita korea.Patutlah kulit orang korea cantik dan bersih je.

Ini bertujuan untuk menjimatkan masa bagi mereka yang selalu sibuk dan perlu cepat bersiap.


Cara ni memang bagus diamalkan untuk penjimatan masa tetapi kita akan ketinggalan bahagian membersih kotoran dengan toner. Namun kuasa penyerapannya masih sangat tinggi seperti kita menyapu toner dengan jari dan menggunakan teknik 'tap'.
Cara ni bolehlah diamalkan sekali sekala tetapi jangan ketinggalan part menggosok toner pada kulit menggunakan kapas untuk menyingkirkan lebihan kotoran tau!


Semoga bermanfaat untuk semua!salam sayang daripada nuna.kita jumpa lagi di lain entri ya.



0 Comments