PART 4

“HALAU DIA!”tatkala mendengar itu,Prof Rashdan dan anaknya Naira keluar untuk melihat di luar rumah.Alangkah terkejutnya dia kerana ramai orang kampung mula berkumpul di depan rumahnya dengan muka bengis.

 “Apa ni semua?” “Hah pura-pura tak tahu.Semua orang dah tahu kau sekeluarga pengamal ilmu hitam.Aku tak nak orang macam kau ada dalam kampung ni!Keluar cepat kalau tak aku bakar rumah kau.Tanpa berlengah Abu dan Bidin mengheret Prof Rashdan dan Naira keluar dari halaman rumahnya dengan kasar. 

“Sakit la,lepaskan!” “Kau jangan melawan kalau tak aku tolak kau biar mampus.Baru aman kampung aku!”marah Abu sambil mengheret Naira. Entah macam mana,Naira terjatuh kerana tersandung kaki Abu. “Allah….abahhhh”itulah jeritan terakhir Naira.


 PUSARA Nur Naira Lidya dikunjungi Prof Rashdan dengan perasaan hiba.Kini dia telah kehilangan anak kesayangannya.Tidak tertanggung rasa sedih dan pilu saat dia menatap nama yang tertera di batu nisan itu.Kini sudah hampir lima tahun Naira meninggalkan dirinya.Tiada lagi gelak tawa dan kerenah manja anak perempuannya itu.Tiada lagi usikan manja yang sering meniti di bibir malah tiada lagi insan yang memanggilnya “abah”.

Prof Rashdan menangis tersedu sedan sendirian tatkala dia telah menjumpai penawar anaknya pula yang telah pergi terlebih dahulu.Setiap kali dia pulang ke Malaysia,pusara inilah yang akan dikunjunginya.Ya,dulu Prof Rashdan telah berjanji pada arwah Naira untuk membawa anaknya pulang ke New Zealand semula apabila menjumpai penawar namun tidak kesampaian.

 Kini Hairi pula dibawa pulang ke New Zealand sebagai anak angkat Prof Rashdan atas keizinan Mak Cik Kinah .Malah Hairi juga telah didik dan diberikan pendidikan yang sempurna oleh Prof Rashdan dan baru saja bergelar saintis muda di syarikat gergasi syarikat Prof Rashdan berkhidmat dulu.Malah Bidin dan Abu juga telah mendapat hukuman setimpal atas perbuatan mereka iaitu meringkuk di penjara selama lima belas tahun atas dakwaan membunuh Naira dan juga terbukti bersalah mengedar dadah.Tidak mahu orang lain mengalami nasib seperti anaknya,Prof Rashdan telah menyumbangkan hasil kajian kepada sebuah institusi pembuatan ubat-ubatan terkemuka dunia dan Malaysia.Harapan Prof Rashdan hanya satu,semoga Allah mengizinkan mereka sekeluarga bertemu kembali di Syurga.In Sha Allah.

 TAMAT



2 Comments

  1. Replies
    1. setakat tak ada lagi rabia...In sha Allah mungkin akan datang.Doakan kak ye rabia.Tq sudi singgah blog :)

      Delete

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.