PART 1 -PERMULAAN


KAWASAN pedalaman itu dipandang penuh rasa takut oleh Naira.Serangga yang menggigit tangan Naira membuatkan tangannya yang putih melepak menjadi sedikit kemerah-merahan.Bunyi unggas hutan pula yang seakan bersiul riang memecahkan kesunyian bagaikan irama menyambut kedatangan Prof Rashdan dan Naira yang baru tiba. Jauh benar suasananya dengan kehidupan mereka di bumi New Zealand.Naira sedih.

Dia tidak ingin mengimbau kembali kenangan mereka di bumi itu. Pemergian ibunya,Linda Abdullah John dan sakit yang sedang dihadapinya telah menyebabkan ayahnya,Prof Rashdan memutuskan untuk pulang ke Malaysia dan menetap di salah sebuah pedalaman di Negeri Sembilan.Sebelum memasuki kawasan ini,Naira sempat membaca nama kampung ini di papan tanda yang tertera nama kampung Batu Sembilan. Entah mengapa,hati Naira dipangut rasa gundah gulana.

Dia sendiri pun tidak pasti dengan perasaanya yang seakan menangisi dirinya yang terpaksa berpindah bersama ayahnya ke suatu tempat yang cukup asing baginya.Sungguh dia tidak rela! 

Perbualannya tempoh hari dengan abahnya bagaikan tergiang-giang di telinganya kini. 

“Naira,abah dah decide untuk kita pulang Malaysia bagi mencari penawar untuk rawat Naira ya,abah sayangkan Naira. Abah dah tak ada siapa-siapa lagi dalam dunia selain Naira.Abah amat sayangkan Naira,kita pindah ya sayang?”Pujuk Prof Rashdan berkali-kali sambil tangannya juga tidak henti mengusap lembut kepala Naira yang membisu kaku sejak tadi.

 Lama Naira berdiam dan membantukan diri.Mungkin sahaja gadis itu sedang berperang di dalam dirinya sendiri.Hatinya memberontak,fikirannya serabut.Sejak pemergian ibunya dua tahun lepas,dia pula mula diserang penyakit kanser yang sukar diubati.Namun menurut abahnya Prof Rashdan, penyakit anaknya mungkin boleh disembuhkan jika dia berjayamembuat kajian mengenai Cyperus Rotundus yang dipercayai boleh merawat penyakit anaknya itu kerana Prof Rashdan juga merupakan salah seorang saintis di syarikat penyelidikan itu. 

Entah apa yang merasuk Naira,matanya mencerlung tajam kearah Prof Rashdan dengan perasaan marah yang meluat. “Abah...Please understand me!I already lost my mom so i don’t want to lost my memories with her again for the second times.It’s hurt me papa,really hurt.”marah Naira sambil deraian air mata mula menitik demi sedikit membasahi pipinya.

Wajahnya menyeringai kerana menyangka abahnya tidak faham perasaannya.Mungkin juga sakitnya dan juga emosi Naira terganggu menyebabkan dia bertindak sebegitu. “It’s okay..just let me stay here.I want to stay here until I die!”ucap Naira dengan tegas.

 “Listen Naira!listen to abah please! I want to explain…”ujar Prof Rashdan sambil menggenggam erat tangan anak perempuannya itu.Prof Rashdan tidak ambil hati akan tingkah Naira.Dia tahu anaknya itu sedang sakit melawan penyakitnya dan emosinya agak terganggu sejak pemergian isterinya Linda dua tahun lepas.

Namun Jauh disudut hatinya,Prof Rashdan juga sedih mengenangkan kenangan suka duka bersama arwah isterinya yang berbangsa Eropah itu sepanjang perkongsian hidup selama 25 tahun. “Naira we stay there just for a while.Abah janji akan bawa balik Naira dekat sini bila abah dah jumpa ubat untuk ubati penyakit Naira.Abah tahu anak papa kuat.”Tulus sekali Prof Rashdan berjanji sambil mendakap erat anak perempuannya itu.Ya,Prof Rashdan telah pun bertekad sebaik saja Naira sembuh dia akan segera pulang ke bumi New Zealand ini. 

“Naira..Naira sini!!!”panggilan Prof Rashdan mematikan lamunan Naira.Dengan segera,Naira menuju kearah abahnya.Sebaik saja Naira berada tepat berdekatan abahnya,seraya abahnya menunding jari kearah sebuah bangaloo yang dikelilingi pokok-pokok hijau yang merimbun. “Ini rumah yang bakal kita duduk tau,cantik tak Naira?”Tanya Prof Rashdan sambil tersenyum manis kearah anak perempuannya itu.

Naira mengangguk lantas melemparkan senyuman kecil.Pemandangan yang damai itu sesekali membuatkan hati Naira sedikit sebanyak mulai menerima suasana baru yang bakal dinikmatinya kelak.Kawasan pedalaman ini sungguh tenang dan penuh dengan kehijauan. 



Bersambung


p/s:Dilarang meniru dan menciplak karya ini.

0 Comments