Assalamualaikum dan selamat malam semua.Pada malam ini nuna ingin memberikan salah satu cara yang digunakan untuk mengetahui pemilik nombor telefon yang tidak dikenali.Nuna terpanggil untuk menulis artikel sebegini disebabkan baru baru ini nuna menerima panggilan telefon yang tidak dikenali.
Anda semua pernah menghadapi perkara sebegini tak?kalau pernah jangan risau selagi panggilan yang dibuat berdaftar,anda dapat mengetahui siapakah gerangan orang yang tidak dikenali tersebut berdasarkan nombor telefon yang menelefon anda semua.Salah satu aplikasi yang boleh membantu anda menjejakinya ialah aplikasi" Truecaller".sangat mudah dan sesiapa sahaja boleh menggunakannya.
Apa yang menarik ,Truecaller adalah syarikat Sweden yang ditubuhkan pada tahun 2009 di Stockholm, Sweden oleh Nami Zarringhalam dan Alan Mamedi. Aplikasi ini bermula apabila pengasas bersama kami hanya pelajar yang ingin mencipta perkhidmatan yang mudah mengenal pasti panggilan masuk dari nombor yang tidak diketahui.
Hari ini, Truecaller disukai oleh lebih daripada 130 juta pengguna aktif setiap hari di seluruh dunia, dan merupakan aplikasi untuk Caller ID, penyekatan spam dan bayaran.
cara menggunakan Truecaller adalah cukup mudah dan cepat.
korang cuma masukkan nombor telefon yang tidak dikenali di ruangan kotak putih tersebut iaitu(search phone number)
senangkan.kini ,anda semua jangan risau lagi apabila berhadapan dengan situasi yang mencemaskan iaitu apabila menerima panggilan yang tidak dikenali kerana Truecaller adalah penyelamatnya.kenapa nuna cakap truecaller sebagai penyelamat adalah kerana Truecaller juga dapat membantu korang untuk blok nombor telefon tersebut.
sampai disini sahaja perkongsian nuna untuk entri kali ini.Di lain masa ,nuna akan berkongsi lebih banyak lagi entri yang bermanfaat untuk kita semua.