Hari ini nuna hendak berkongsi salah satu rahsia untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih serta sihat.Apa itu konjac span?Konjac sebenarnya merupakan span yang diperbuat akar pokok konjac.Pokok konjac biasanya tumbuh di negara asia seperti jepun.Korang pun tahu kan,orang jepun sangatlah menjaga penampilan kulit terutamanya penampilan kulit wajah.

Sebenarnya,di jepun sudah beratus tahun telah menggunakan konjac sebgai alat membersihkan muka daripada kotoran. Konjac sebenarnya mempunyai antioksidan yang cukup tinggi dan juga vitamin yang boleh membantu mengurangkan penuaan dan juga cela pada wajah.Span konjac bukan sahaja dapat membersihkan kulit secara efektif malahan dapat melicinkan kulit. span konjac sangat bagus untuk membersihkan kotoran yang tersumbat di celah pori kulit,mengurangkan whitehead dan juga blackhead dan juga noda noda bekas parut jerawat.

Apa yang buat nuna tertarik hendak mencuba malah konsisten pakai konjac span ialah span konjac dapat menanggalkan sisa sisa solekan pada wajah dan tidak mengeringkan kulit serta membuatkan wajah bertambah kusam. span konjac juga boleh membuatkan solekan pada wajah kita kekal lama.kenapa ya?sebenarnya span konjac ini membantu untuk menanggalkan kulit mati atau kering di wajah dan juga melembapkan kulit wajah.Jadi apa apa produk yang dioleskan pada wajah akan cepat diserap dan meresap ke dalam kulit secara efektif. paling best,lama lama pakai kulit muka akan rasa sangat lembut dan membuatkan kulit muka kita terlihat sihat dan bersih.Nuna sangatlah sarankan kepada korang semua untuk mencuba konjac span bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.


sebenarnya konjac span mempunyai pelbagai warna yang berbeza dan setiap warna ada fungsi yang berbeza:
 Warna hitam - konjac dengan Charcoal. Lebih kepada kulit berjerawat

Warna merah pink - Gabungan konjac dengan tanah liat Perancis untuk kulit sensitif, matang, atau kering.

Warna Hijau - Biasanya mempunyai tanah liat hijau untuk kulit berminyak. Dan ada juga warna hijau gabungan dengan rumpai laut untuk detox kulit. Namun, sekarang pelbagai gabungan di masukkan untuk menghasilkan konjac span ni. Ada aloevera, lavender, ros dan sebagainya. Konjac secara semulajadi kaya dengan vitamin A, B, C, D dan E, protein, lipid, asid lemak, tembaga, zink, besi, dan magnesium. Ia juga mempunyai antioksidan yang tinggi.


 Konjac memang bagus untuk semua jenis kulit termasuk kulit super sensit Nuna biasanya beli konjac span ini dekat Daiso ataupun Mr Diy.Harga konjac span sangat mampu milik dan beli satu boleh pakai banyak kali sampailah konjac span itu rosak.cubalah mesti tidak menyesal.semoga entri nuna pada kali ini bermanfaat untuk korang.

1 Comments

  1. eh nak cari jugak la Konjac span ni kat Daiso..mcm best jer

    ReplyDelete

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.