Hari ini nuna hendak kongsikan salah satu jenama losyen yang memang nuna pakai setiap hari terutamanya selepas mandi .Bila rasa  kulit tangan dan badan kering je,nuna cepat cepat akan sapukan losyen ini.oleh sebab nuna pakai elok,jadi why not nuna kongsikan pengalaman nuna sendiri apabila memakai losyen nivea intensive body milk.

nuna sangat suka pakai losyen ini kerana mampu melembapkan kulit  lebih lebih lagi dengan cuaca panas di negara kita.nuna suka sangat dengan tekstur losyen ini kerana tidak melekit dan apabila nuna sapu pada kulit ia cepat menyerap seperti air.nanti kulit korang akan rasa segar dan sejuk je sepanjang masa.

Harga losyen ini tidaklah semahal losyen losyen jenama lain namun sangat mampu milik.untuk korang yang  hendak mencuba losyen ini,sangatlah nuna sarankan beli dan pakai.Jika konsisten pasti korang akan rasa kulit korang lembut dan lama lama pakai akan menjadikan kulit korang cerah dan tona kulit yang lebih sekata.

untuk bahagian siku dan juga lutut yang agak gelap sedikit daripada tona kulit bahagian badan yang lain amatlah disarankan sapu selepas mandi pada bahagian lutut dan juga pada siku.Nanti warna lutut dan juga siku korang makin lama makin cerah dan lembut selembut kulit bayi.

losyen nivea ada dua saiz iaitu besar dan kecil.nuna biasanya akan beli dua,satu besar dan satu lagi botol kecil.senang yang botol besar simpan dekat rumah dan yang botol kecil pula bawa pergi jalan jalan ataupun travel.

untuk korang yang selalu mengalami kulit kering dan kadang bersisik,sangatlah disarankan sapu setiap kali lepas mandi ataupun sebelum tidur.ton kulit nuna sendiri pun semakin cerah kerana konsisten sapu losyen nivea intensive body milk ni.

apa yang paling best sangat?
paling best tentang losyen nivea intensive body milk boleh kekalkan kelembapan kulit selama 48 jam(dua hari)bagus kan.kalau tak ingat pakai pun,lembapan kulit masih lagi terjaga dengan baik.nuna bagi 10 bintang untuk losyen nivea intensive body milk.

0 Comments