RUTIN HARIAN UNTUK DAPATKAN KULIT YANG CANTIK DAN BERSIH PERSIS KOREA - Nuna Abdullah Nuna Abdullah: RUTIN HARIAN UNTUK DAPATKAN KULIT YANG CANTIK DAN BERSIH PERSIS KOREA

RUTIN HARIAN UNTUK DAPATKAN KULIT YANG CANTIK DAN BERSIH PERSIS KOREA

Nuna Abdullah | September 17, 2019 | 2 Comments
Hai korang semua dan nuna harap korang dalam keadaan sihat hendakNya.nuna rasa ramai diantara kita yang jarang jarang mengamalkan rutin skincare yang betul dan kadang kadang tidak tahu mana satu prduk yang perlu dipakai terlebih dahulu kerana terlalu banyak produk yang dibeli.nuna cakap semua ini berdasarkan keadaan diri nuna sendiri.sebelum ini nuna sangat malas hendak amalkan rutin skincare.

okeylah,nuna rasa daripada bercerita sampai ke korea marilah kita tengok macam mana agaknya cara untuk mengamalkan rutin skincare yang betul.caranya mudah sahaja,korang hanya perlu mengikuti langkah langkahnya dengan baik dan nuna percaya korang akan mendapatkan hasil yang wow

Rutin pada waktu pagi:
1)perlu cuci dahulu muka dengan pencuci muka(pastikan guna pencuci muka berdasarkan jenis kulit masing masing)
2)Toner memang perlu disapu pada muka dengan menggunakan kapas untuk menyegarkan kembali kulit muka kita.
3)pelembap(pastikan korang jangan skip step pelembap kerana dengan mengaplikasikan pelembap pada muka,kulit kita akan kekal lembapan kulit)
4)Spf(kenapa pentingnya memakai spf?)spf ini sangat penting untuk memastikan muka kita tidak terdedah terlalu banyak dengan sinaran uv dan boleh mengurangkan sunburn.Jadi untuk korang yang nak kekal flawless macam artis korea mestilah selalu pakai.Orang korea sendiri kalau nak keluar rumah perkara wajib yang diorang ambil berat sekali ialah pemakaian spf.sangatlah penting pakai spf untuk mengelakkan kulit kita terdedah kepada radikal bebas.jadi mulai sekarang,rajin rajinlah korang pakai spf sebelum keluar dari rumah.


Rutin pada waktu malam:

1)makeup remover-paling penting untuk tanggalkan sisa makeup atau kotoran pada muka dengan menggunakan makeup remover kerana ia membantu menghilangkan sisa makeup.
2)pakai cleanser-pastikan membasuh muka menggunakan pencuci muka.jangan bagi alasan dah cuci muka pada waktu pagi,maka nak skip pada waktu malam.wajib cuci pada waktu malam juga.
3)krim mata-memang perlu ke??perlu dan sangat perlu.maksudnya korang mesti oleskan krim mata pada bawah mata untuk hilangkan lingkaran gelap pada mata.Barulah pagi esok bangun dengan keadaan mata yang segar bugar.
4)pelembap-oleskan pelembap sekali lagi pada waktu malam.wajib tau untuk kekalkan kelembapan dan kecantikan kulit.

Rutin pada hujung minggu 
senang sahaja,sentalkan tubuh dan juga wajah dengan scrub untuk menanggalkan sel sel kulit mati dan melembutkan kulit.

Rutin pada setiap bulan
membasuh berus berus makeup..makesure korang basuh berus yang korang guna ya untuk menghilangkan kotoran,


finally,nuna hendak pesan untuk korang dan diri nuna sendiri untuk sentiasa minum air sekurang kurangnya lapan gelas sehari kerana untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat dan juga badan yang kekal sihat sentiasa.


semoga perkongsian entri nuna pada kali ini memberi manfaat buat korang semua.jom amalkan untuk dapatkan kulit yang cantik dan paling penting sihat dan bermaya.




2 comments:

  1. part mencuci muka ni memang antara rutin tapi kekdg tu tersasar jugak dek kerana kemalasan dan keletihan melanda..good sharing

    ReplyDelete
  2. Kena rajin dan konsisten buat rutin skincare ni kan.

    ReplyDelete

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.

Nuna Abdullah © . Designed by MaisarahSidi.com