REVIEW KITSUI WHITENIN BB - Nuna Abdullah Nuna Abdullah: REVIEW KITSUI WHITENIN BB

REVIEW KITSUI WHITENIN BB

Nuna Abdullah | November 14, 2019 | 1 Comments


Hai semua,kali ini nuna hendak review salah satu produk yang ada dekat Watson iaitu kitsui whitenin bb.wah,menarik bukan?



Kirsui whitenin  bb ni apa sebenarnya?nuna tahu pasti anda semua tertanya tanya apa itu kitsui whitenin bb.kitsui whitenin bb ni adalah makanan tambahan untuk kulit sihat dan paling penting masalah sunburn atau kulit kusam dapat diatasi dengan baik.



Yang paling menarik perhatian nuna adalah kitsui whitenin bb sesuai diamalkan oleh orang yang alergik makanan seafood seperti nuna..



Macam nuna sendiri,masalah tona kulit tak sekata,kadang kadang sunburn akibat terkena terik cahaya matahari menyebarkan kulit nuna gelap satu tona dari tona kulit asal.



Hahaha,macam ayat  iklan tv pun ada(gelak sendirian)..



Setakat penggunaan nuna sendiri setelah consume dalam 2 kotak lebih,banyak juga perubahan yang nuna rasa.salah satu perubahan yang nuna perasan adalah tona kulit muka nuna dah jadi sekata berbanding sebelum mengambil minuman kitsui whitenin bb.



Perubahan lain yang nuna perasan paling ketara adalah blackhead dan juga whitehead yang ada pada wajah nuna dah semakin kurang.



paling best,pori pori pada muka nuna dah semakin mengecil dan muka rasa licin je.



Untuk anda yang baru pertama kali nak cuba,sukacita nuna hendak beritahu bahawa dalam satu kotak kitsui whitenin bb mempunyai 15 sachet,jadi boleh guna 1 sachet setiap hari dan cukup untuk penggunaan selama 15 hari.



Ada yang tanya nuna,rasa dia macam mana ya?

Jangan risau ,rasa kitsui whitenin bb macam rasa limau mandarin dan sangat sedap.



 Cara pengambilan,mudah jer..


Cuma bancuhkan 150ml air suam dan tuangkan 1 sachet .goncang atau kacau sebelum minum.



Boleh diamalkan 1 paket setiap hari waktu pagi selepas sarapan ataupun sebelum tidur.nuna kebiasaanya akan minum  kitsui whitenin bb pada waktu pagi selepas sarapan.jangan minum waktu perut kosong atau sebelum sarapan ,nanti berangin pula satu badan.



Kebaikan kitsui whitenin bb

§   Membantu mencerahkan dan memutihkan seluruh wajah
§  Menghalang pembentukan whitehead dan blackhead
§  Dapat mengatasi masalah kulit berminyak
§  Menghalang penghasilan melanin kuli
t§  Membantu mengatasi masalah liang pori muka
§  Meningkatkan kecerahan kulit



banyak betul kan kebaikan kitsui whitenin bb.Tak rugi nuna beli dan melabur wang.iyelah kan,duit boleh dicari ,kesihatan tak boleh diganti.



Jadi,moral of the story jangan berkira untuk diri sendiri.sayangilah diri sendiri dan hargai setiap detik hidupmu.

 Sampai disini sahaja entri nuna kali ini mengenai kitsui whitenin bb dan terima kasih sebab sudi singgah di teratak blog nuna.








1 comment:

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.

Nuna Abdullah © . Designed by MaisarahSidi.com