Hai semua dan selamat petang.Tiba tiba mood untuk menulis dekat blog harini membuak buak pula.Jadi apa kata,nuna nak kongsi dengan anda semua tentang barang yang cute plus murah untuk anda si pemakai cermin mata yang manis dan segak bergaya.

semalam nuna berkunjung ke kedai Mr Diy yang  berhampiran.Hajatnya hanya untuk menemani adik nuna namun terbalik kerana nuna pula yang terbeli lebih.

Memang berhantu sungguh kedai Mr Diy ini,sekali masuk pasti terbeli punya barang barang yang ada di dalam kedai ini yang sememangnya harga berpatutan dan kualitinya juga bagus..hehehe..


kebetulan nuna terlalu di bahagian peralatan gadget dan juga keychain dan entah kenapa terpandang pula bekas cermin mata yang pelbagai design yang cantik cantik.

Apa lagi,makin gelap mata nuna dibuatnya.setelah memilih,akhirnya terpaut hati nuna untuk membeli bekas cermin mata bercorak flamingo.

sedang memilih ,ternampak pula pengelap cermin yang memang nuna dah lama cari.Apa lagi,terus nuna capai dan letak dalam bakul beli belah.
                                                     
bekas cermin mata flamingo  beserta dengan pengilap cermin mata.memang berbaloi baloi  beli pengilap cermin  mata ini siap dapat kain pengilap cermin dan alat untuk kemaskan skru cermin mata yang kadang kala longgar..hehehe,kiranya 3 in 1 laa ni,
                                                                           






semasa menyembur pengilap cermin mata



Akhirnya...Taraa,cermin mata nuna nampak berkilat kilat



itu sahaja cerita nuna yang hendak nuna kongsikan dengan anda semua.Untuk anda yang diluar sana,cepat cepat serbu Mr Diy berdekatan anda untuk dapatkan item seperti nuna.Jangan kata nuna tak payung tau.

















2 Comments

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.