Assalamualaikum dan hai semua:)Diharap semua berada di dalam sihat dan duduk dirumah baik baik ya.Hari ini nuna hendak kongsikan moisturizer yang sesuai untuk kulit yang cenderung berminyak.
muka berminyak ?jangan risau nuna akan terangkan satu persatu produk yang boleh anda dapatkan di drugstore seperti Watson..

opps,memandangkan sekarang ini musim wabak covid-19 apa kata kita order online sahaja .hihi,mudah dan senang.order je ,selang beberapa hari terus sampai depan pintu rumah anda.

First of all,kebanyakkan sekarang ini terlalu banyak produk kecantikkan di pasaran sampai kita sendiri pun kadang kadang tak tahu nak beli yang mana satu yang sesuai dengan kulit muka kita kan.


ok,harini nuna akan senaraikan antara moisturizer atau nama melayunya "pelembap muka" yang bagi nuna agak baik dan sesuai dipakai untuk anda yang cenderung mempunyai kulit berminyak dengan harga mampu milik.

1.Organic Aid E(Moisturizing Cream)
ok,organic Aid E ini memang bagus untuk kulit yang berminyak malah kalau orang yang mempunyai masalah jerawat pun sangat sesuai pakai ini.macam nuna sendiri pun pernah pakai dan still pakai sampai sekarang pelembap muka organic aid e ini.selain itu,tekstur pelembap ini juga sangat ringan dan tak terlalu melekit.so far,sangat cepat meresap ke dalam kulit dan muka pun tak rasa kering dan berminyak.

untuk pemilik kulit kombinasi biasanya masalah Utama adalah di bahagian T-zone pada kulit wajah.sebabnya adalah kulit kombinasi adalah terdiri daripada kulit kering dan juga kulit berminyak.krim pelembap ini juga mampu melembapkan bahagian kulit yang kekeringan.


2.Garnier sakura white Day cream(moisturizing cream)

Garnier sakura white pun bagus juga  digunakan sebagai pelembap untuk kulit berminyak.apa yang menarik tentang pelembap garnier ini kerana mempuyai ekstrak sakura.wah best kan,selain tekstur krimnya yang lembut dan mudah meresap,ia juga berupaya melembapkan serta memberikan efek pinkish pada kulit wajah.hihi,best pula kan.


3.Pelembap safi
safi merupakan pelembap muka yang nuna rasa bagus selain harganya sangat mampu milik.jadi semua mampu memilikinya.pelembap muka safi ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang mengalami kulit berminyak .

dengan ekstrak aloevera,of course ia akan meninggalkan efek segar dan menenangkan pada kulit muka yang cenderung berjerawat dan juga kering.selain itu pelembap muka safi juga diformulasi bagi melembap,mencerah serta dapat mengekalkan keanjalan kulit muka.


hihi,itu sahaja perkongsian nuna pada kali ini mengenai 3 rangkaian produk pelembap untuk kulit berminyak yang semestinya mampu milik dan keberkesanan yang tidak meragukan.jadi nuna harap anda semua dapat laa sedikit maklumat dari perkongsian nuna yang tak seberapa ini...

jumpa lagi di lain entri lain dan jangan lupa stay at home dan ayuh sama sama kita membasmi wabak covid-19 Bersama sama..#kitamestimenang...









2 Comments

  1. macam nak try yg organic aid tu jer, skrng ni guna cosmoderm, murah & berbaloi jgk, rsa nk tukr yg lain pulak..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan,bagus jugak cuba produk organik pulak.So far,cosmoderm pun ok juga sebab harga mampu milik.

      Delete

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.