DIY COFFEE SCRUB UNTUK KULIT KAKI CANTIK PADA MUSIM PKP(COVID -19)
Assalamualaikum dan hai semua..nuna harap semua dalam keadaan sihat hendakNya.
musim musim pkp(perintah kawalan pergerakkan) pasti ada yang bosan duduk di rumah sampai tak tahu hendak buat apa...jangan risau,apa kata untuk anda yang tengah bosan ini jom kita diy sendiri coffee scrub.
kenapa mesti coffee scrub?
sebenarnya coffee mempunyai banyak kebaikan untuk kecantikkan kulit seperti :
:)antioksidan untuk kulit,
:)mengurangkan garis halus dan kedutan,
:)mengurangkan selulit
:)menegang serta menganjalkan kulit
oleh sebab banyak kelebihan yang ada pada coffee atau kopi nama melayunya sangat sesuai untuk dijadikan scrub untuk tujuan kecantikan.
jangan tidak tahu ya,selain muka scrub coffee sangat bagus untuk melicinkan serta mempercantikkan lagi kulit kaki kita.Apa yang best,scrub coffee juga boleh menanggalkan sel kulit mati pada kulit kaki.
bukan itu saja,scrub coffee ini sangat mudah disediakan memandangkan semua bahan yang diperlukan mudah untuk didapati dan yang paling penting tak perlu membazir untuk kelihatan cantik...malahan bahan yang digunakan adalah gred makanan jadi kita tidak perlu takut untuk mencuba kerana sudah semestinya selamat untuk dipakai..hehehe..
Cara untuk membuat scrub coffee adalah:
1.ambil satu sudu besar serbuk coffee(tak kisah apa apa jenama yang penting mesti asli maksudnya tanpa sebarang campuran/flavour)
2. 3/4 cawan gula putih atau gula perang(brown sugar lagi bagus tapi kalau tak ada gula putih pun ok)
3. 1/2 cawan minyak kelapa(pilihan,kalau tak letak pun ok tapi kalau ada lagi bagus)
4. 1/4 cawan minyak zaitun
5.Gaulkan sebati.siap!
lepas semua dah selesai,bolehlah sapukan campuran scrub coffee tersebut pada kaki anda.
berapa lama ya?
untuk yang tanya berapa lama hendak pakai scrub coffee ini adalah lebih kurang setengah jam.pakai pada waktu sebelum mandi lagi bagus memandangkan kita akan bilas sebersihnya ketika mandi.
seminggu kena berapa kali pakai?
biasanya,apa apa scrub sekali pun mesti sekurang kurangnya 2 atau 3 kali seminggu.untuk kesan yang cepat boleh saja scrub setiap hari sebelum mandi.Tapi awas ya,jangan terlalu menekan sewaktu menyapu scrub biarkan sapuan scrub secara slow dan steady je.
ok,sampai disini saja entri nuna yang simple mengenai cara untuk menghasilkan scrub coffee sendiri di rumah.jangan lupa untuk mencuba untuk merasa sendiri kesannya yang menakjubkan.
stay at home#covid 19...salam sayang-nuna..
kita jumpa lagi di entri yang akan datang..InshaAllah..stay tune ya!
2 Comments
seumur hidup xpenah lagi scrub kaki, selalu scrub muka jer..
ReplyDeletepasni boley try, kaki pun penting jgk kan. tq letak kite dlm bloglist, kite letak jgk yer..wee~~
betul..biasanya kita scrub kaki jer tapi cuba try scrub kaki pulak bagi flawless..hihi..tq awak. :)
DeleteHai visitor
komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.