Assalamualaikum dan hai semua..

Diharap anda semua dalam keadaan sihat hendaknya dan ceria selalu.

hari ini nuna nak bercerita mengenai eyebag treatment.siapa tahu apa itu eyebag?cuba angkat tangan sikit..hehe,jangan buat betul betul yep..

ok untuk pengetahuan anda semua,eyebag atau nama glamournya mata panda adalah lingkaran gelap di bawah mata yang sering menganggu penampilan diri.kebiasaanya,lingkaran gelap boleh terjadi disebabkan oleh banyak faktor seperti:

-stress
-tidak cukup tidur/rehat
-menghadap skrin computer/telefon bimbit terlalu lama
-faktor keturunan
-rabun teruk(penglihatan terbatas)



jadi dekat atas nuna dah senaraikan antara faktor yang boleh mengakibatkan pembentukan "eyebag".
banyak betul kan faktor yang boleh menyebabkan eyebag.jadi macam mana agaknya cara untuk mengatasi eyebag ya?


senang saja,sebenarnya nuna nak bagi petua yang boleh nuna katakan mujarab dan ilmu mahal tau.Nuna pun dapat ilmu ini dari salah seorang guru spa terkenal tau..hehe
oklah,caranya adalah kita hanya memanfaatkan segala bahan yang mudah didapati malahan dekat dapur rumah kita pun ada.

firstly,perkara asas yang perlu ada untuk siapakan serum untuk treatment eyebag ini adalah:

-Serbuk kopi(tidak kisah apa apa jenama)
-Minyak kelapa dara Vco(tidak kisah apa apa jenama)

Caranya:
1.Masukkan serbuk kopi lebih kurang 2 sudu kecil ke dalam mangkuk kecil yang bersih.
2.Seterusnya,titis beberapa titik minyak kelapa dara vco.
3.Kacau serbuk kopi dan minyak kelapa dara sehingga sebati.
4.apabila sudah sebati,boleh disapukan dibawah mata yang mempunyai masalah lingkaran gelap.
5.Biarkan kering dengan sendirinya,biasanya nuna akan pakai dalam setengah jam.
6. Selepas setengah jam,cuci dengan sebersihnya dengan menggunakan kapas yang telah direndam dengan air .
7.Siap!


itu sahaja cara bagi merawat lingkaran gelap dibawah mata.Biasanya nuna akan amalkan lebih kurang seminggu tiga kali pakai.memang rasa segar dan ringan je di bawah mata selepas pakai  serum eyebag ini.senang,cepat dan semestinya kita boleh buat sendiri di rumah.

semoga petua dan tips yang nuna kongsikan untuk anda dapat memberi sedikit manfaat yang boleh anda cuba .

sampai disini sahaja entri nuna pada kali ini mengenai eyebag treatment.kita jumpa lagi di entri yang lain dan semestinya dengan topik kecantikkan yang lain ya.stay tune-InshaAllah..

jangan lupa stay at home dan jaga kesihatan anda sekeluarga..#kitamesti menang..semoga kita semua tabah dan kuat menjalani ujian covid-19ini dan berdoa agar wabak ini akan segera berakhir..Aameen..



0 Comments