Assalamualaikum dan hai semua.Ada resepi minuman super best hendak nuna kongsikan kepada anda semua.Resepi ini sangat mudah dan sesuai diminum seisi keluarga terutamanya ketika berbuka pada bulan Ramadan.Sungguh nyaman dan menyegarkan badan anda yang seharian menjalani ibadah puasa.

Minuman yang menyegarkan sememangnya dapat mengembalikan tenaga anda dan memberi nutrisi kepada tubuh badan.Resepi jus yang nuna kongsikan pada kali ini bukan sahaja baik untuk badan malahan dapat menjadikan kulit anda cantik dan yang menariknya dapat mengurangkan berat badan anda dengan cara selamat.

Selain itu,sememangnya anda digalakkan untuk meminum minuman berjus bagi mengembalikan tenaga selepas seharian berpuasa kerana kandungan serat dan vitamin dalam minuman berjus sangat baik untuk fungsi tubuh.


nunaabdullah.com


Resepi jus cantik,kurus dan bertenaga:

1. 2 cawan hirisan tembikai merah
2. 1/3 cawan jus lemon
3. 3 helai daun pudina
5. 3-4 cawan air

Kisar dan sedia untuk dinikmati.

 Tak perlu tapis. Boleh dimasukkan  dalam peti untuk sejukkan sementara menunggu waktu berbuka.

Jus ini juga sangat bagus untuk kesihatan tubuh dan kulit kerana mempunyai kandungan tembikai,lemon dan juga pudina.

Tembikai mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.Antaranya:

1.Kandungan Air Yang Tinggi

Buah tembikai sememangnya kaya dengan kandungan air.Tekstur yang lembut dan berair serta warna yang terang ternyata dapat membekalkan nutrisi dan tenaga kepada tubuh badan anda.Buah tembikai juga sangat sesuai untuk dimakan ketika cuaca panas kerana ia sememangnya terbaik untuk menghidrat badan .


2.Sangat Bagus Untuk Kulit  Dan Rambut.

Kandungan vitamin A dalam buah tembikai adalah sangat bagus untuk kulit dan juga rambut.Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan juga merangsang pertumbuhan kolagen.Secawan buah tembikai mengandungi satu perempat vitamin A yang diperlukan setiap hari.



Jadi untuk anda yang inginkan kulit cantik dan kurus secara alami bolehlah mencuba dan mengamalkannya selalu.Ingat ya,konsisten dalam mengamalkan sesuatu adalah sangat penting untuk untuk mendapatkan hasil yang terbaik.


Akhir kata,selamat mencuba dan jangan lupa nikmatinya dan berkongsi resepi ini bersama keluarga,kawan atau sesiapa sahaja.





0 Comments