Assalamualaikum dan selamat malam semua.Harini nuna hendak kongsikan mengenai tips kecantikan cara islam yang bagus diamalkan oleh semua terutamanya untuk para wanita yang ingin mengekalkan kejelitaan luaran dan juga dalaman.





sesungguhnya,dalam agama islam sendiri telah banyak cara dan juga tips kecantikan yang dapat diamalkan serta diaplikasikan dalam kehidupan kita semua demi mencapai kesejahteraan hidup.

Antara tips kecantikan cara islam yang bagus diamalkan adalah:



1.Amalkan bangun pagi dan juga mandi sebelum masuk azan subuh.

2.Sebaik sahaja bangun dari tidur,jangan terus gosok gigi.Seeloknya minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik(jangan minum air sejuk ya).Caranya sewaktu minum air pada tegukan pertama,berkumur seketika sebelum menelan air tersebut dengan diiringi dengan membaca selawat Nabi 3x dan barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut.

3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil membaca selawat Nabi 3x,hembuskan pada air dan usaplah air tersebut ke atas sehingga ke dahi.Ulang usapan ini sebanyak 3x .Jangan membasuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.


4.selepas solat subuh,bacalah surah Yusuf dan kemudian teguk sebanyak 3x sahaja air suam.InsyaAllah akan membuatkan wajah awet muda dari usia.

5.selepas solat isyak,amalkan membaca surah Al -Fatihah (1x),Ayatul kursi(1x) dan surah al waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak( 7x)tiupkan ke dalam segelas air dan niatkan:

"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"


(gambar kredit:google)
nak lagi jelas,nuna sarankan anda semua cari ayat ini  dalam al -quran ya :)





6.Surah Al -Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca dalam hati sebelum 3x jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.
(Tips kesihatan:jangan jirus terus air dikepala ya,seeloknya jirus air bermula dari kaki  dahulu sehingga ke kepala, itu lebih baik)

7.Jangan makan bersulam air,sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan dan 30 minit selepas makan.


8.Amalkan membaca Al -Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.

9. Perbanyakkan selawat Nabi ,sentiasa sedekah senyuman,perbanyakkan solat Tahajud.

10.Maafkan semua  kesalahan orang lain terhadap diri kita sebelum tidur.InshaAllah,amalkan selalu sebabnya ia akan dapat mengelakkan kita menjadi seorang pendendam dan juga hati akan rasa tenang dan lapang.

semoga perkongsian nuna pada kali ini, dapat memberi sedikit manfaat untuk anda semua.sampai disini sahaja entri nuna pada kali ini dan kita jumpa lagi di lain entri ya.Akhir kata,selamat beramal dan semoga anda semua termasuk diri nuna sendiri istiqamah mengamalkannya,InshaAllah. 

0 Comments