nunaabdullah.com


Grapefruit atau yang sering dikenali  dengan nama limau bali merah tergolong sebagai buah-buahan tropikal. Buah ini mempunyai  rasa manis dan agak sedikit masam yang mempunyai isi yang berwarna campuran merah dan oren.Mengikut kajian yang dilakukan,buah grapefruit juga berupaya untuk mengurangkan risiko batu ginjal.
Bukan itu sahaja,Grapefruit juga berupaya mendatangkan kebaikan kepada tubuh manusia jika dimakan secara rutin.
Antara Manfaat grapefruit yang baik bagi kesihatan 

1. Membantu memenuhi keperluan cecair badan
Tubuh manusia terdiri dari sebahagian besar komposisi air,jadi amat penting untuk kita menjaga kadar air di dalam tubuh agar tetap seimbang.Selain minum air kosong,pengambilan grapefruit secara rutin juga sangat bagus untuk memenuhi keperluan air di dalam tubuh badan kita semua.
Mengikut fakta,sebahagian besar grapefruit mengandungi komposisi air.Dianggarkan dalam sebiji buah grapefruit mengandungi sekitar 118 ml air ataupun sama dengan 88% dari berat keseluruhan buah itu sendiri.

nunaabdullah.com

2. Tinggi antioksidan
Manfaat grapefruit yang tidak kurang pentingnya adalah kaya akan kandungan antioksidan. Antioksidan merupakan zat yang berguna untuk melindungi sel-sel tubuh dari kerosakkan akibat radikal bebas. Sebenarnya, tubuh badan kita sudah berupaya untuk menghasilkan antioksidan sendiri, tapi jumlahnya belum memadai untuk melawan radikal bebas.
Justeru itu masih diperlukan antioksidan tambahan dari makanan sehari-hari. Nah, salah satu caranya adalah dengan makan buah grapefruit. Beberapa jenis antioksidan yang terkandung dalam grapefruit, iaitu:
Vitamin C berfungsi untuk melindungi sel-sel tubuh dari kerosakkan yang sering akibat dari penyakit seperti jantung dan kanser.
Beta karoten akan diubah menjadi vitamin A dalam tubuh, yang boleh membantu mengurangi risiko beberapa penyakit kronik Misalnya penyakit jantung, kanser, serta gangguan yang berhubungan dengan mata.
Likopen dikenal dengan kemampuannya untuk mencegah perkembangan jenis kanser, terutama kanser prostat malahan  juga turut  membantu memperlahankan  pertumbuhan tumor.
Flavonoid memiliki sifat antiradang yang juga mampu mengurangi tekanan darah dan kolesterol yang tinggi dalam badan.


3. Memperbaiki sistem imun

Seperti yang telah dijelaskan sebelumnya, grapefruit mampu menyumbang vitamin C yang tinggi bagi tubuh. Itu sebabnya, grapefruit dipercaya mampu menjaga sel-sel tubuh dari serangan virus dan bakteria. Oleh itu, manfaat grapefruit sangat baik untuk menjaga sistem imunisasi tubuh Anda.
Fakta ini diperkuat oleh sebuah penelitian dari Clinical Infectious Diseases yang menyatakan bahwa kandungan vitamin A dalam grapefruit terbukti berkesan untuk menjaga sistem ketahanan tubuh, dengan cara melindungi tubuh dari keradangan dan berbagai penyakit merebak.
Tidak hanya itu, kandungan vitamin B, zink, tembaga, dan zat besi mampu bertindak sebagai pelindung tubuh terhadap serangan penyakit.

4. Menurunkan berat badan


Bagi Anda yan berkira kira  untuk menurunkan berat badan, makan buah grapefruit juga boleh menjadi salah satu pilihan terbaik. Hal ini kerana grapefruit mengandung sejumlah serat yang dapat membantu mengurangkan kalori.
Sebuah kajian yang telah dimuatkan dalam Journal of Medicinal Food terhadap  91 orang yang mengalami masalah obesiti. Hasilnya menunjukkan bahawa orang yang makan buah limau bali merah selama 12 minggu sebelum makan mengalami penurunan berat badan sekitar 1.6 kg. Sementara orang yang tidak makan buah grapefruit hanya mampu menurunkan 0.3 kg berat badannya.
Namun, bukan bermaksud hanya dengan makan grapefruit saja berat badan sudah pasti akan turun. Sebaiknya, masukkan grapefruit ke dalam diet harian bersama makanan lainnya untuk  mendapatkan hasil yang optimum.

5. Menjaga kesihatan rambut
Ada berbagai cara untuk mendapatkan manfaat grapefruit. Dimakan secara langsung atau  diolah menjadi makanan ataupun diproses untuk dijadikan minyak. Ya, grapefruit juga boleh diolah menjadi minyak yang tak kurang hebatnya dan  bermanfaat untuk kesihatan, salah satunya untuk rambut.
Biasanya, minyak dari olahan buah grapefruit ini boleh dimanfaatkan untuk memperindah rambut terutamanya untuk rambut yang berminyak.

6. Menjaga kesihatan jantung

Buah grapefruit kaya akan bpelbagai nutrisi penting seperti kalium dan serat yang baik untuk menjaga fungsi jantung yang normal.
Hal ini dibuktikan oleh sebuah penelitian yang menunjukkan bahawa orang yang makan limau bali merah secara rutin sebanyak tiga kali sehari dalam waktu enam minggu, mengalami penurunan tekanan darah dan kolesterol jahat (LDL) dalam tubuh. Tentunya, ini boleh mencegah risiko penyakit jantung dan strok.


ok itu sahaja perkongsian mengenai khasiat grapefruit untuk kesihatan.

stay tune ya!nanti insha'Allah nuna akan kongsikan resepi untuk buat vitamin c serum menggunakan grapefruit yang bagus untuk mencerahkan kulit.

semoga bermanfaat untuk semua.

0 Comments