nunaabdullah.com
Assalamualaikum dan hai semua.Sudah lama rasanya nuna tak update blog kesayangan nuna ni.Jadi pada hari ini,nuna hendak kongsikan mengenai waktu yang sesuai untuk memakai masker mengikut jenis kulit anda.Mesti anda semua tak sabar kan.

untuk pengetahuan anda semua, masker wajah adalah salah satu cara yang cukup penting bagi memastikan kulit wajah kita sentiasa besih dan sihat.Namun begitu,ramai sesetengah orang yang rungsing untuk memakai masker kerana masih keliru samaada hendak memakai sebelum mandi ataupun selepas mandi.

Waktu yang sesuai untuk memakai masker dengan betul

Kulit kering

Sesetengah orang biasanya beranggapan bahawa memakai masker muka sebelum mandi adalah menjimatkan dan mudah.Namun sebenarnya,memakai masker sebelum mandi hanya sesuai digunakan untuk anda yang jenis kulit kering sahaja.

Perkara ini adalah untuk mengunci kelembapan kulit bagi anda yang jenis kulit kering.Tetapi jangan lupa untuk menyapu pelembap selepas mandi juga.

Cara memakai masker sebelum mandi agar hasil maksimun:
  • Bersihkan wajah sebelum menggunakan masker agar kotoran dan minyak dinyahkan
  • Mencuci wajah dan sapukan masker sebelum mandi
  • Anda boleh pakai masker tersebut ketika mandi
Kulit Berminyak dan kombinasi lebih sesuai memakai masker selepas mandi.
nunaabdullah.com
 Waktu yang tepat bagi anda yang memiliki kulit berminyak dan kombinasi untuk memakai masker wajah adalah setelah mandi. Memulai perawatan dengan mandi supaya membuka pori-pori kulit dari air hangat dan wap sehingga kulit anda siap dibersihkan secara mendalam.
Selain itu, anda juga boleh memilih masker yang terbuat dari lumpur dan arang. Perkara ini dikerana produk yang mengandung activated charcoal dipercayai dapat membantu kulit berminyak dan berjerawat.
  • Bersihkan wajah dengan pembersih wajah
  • Sapukan masker secara tipis dan merata di seluruh wajah. Hindari mata dan bibir.
  • Biarkan selama beberapa minit bergantung arahan dari pemakaian masker.
  • Umumnya, masker yang membuat wajah kering dibiarkan dalam waktu yang lebih singkat.
  • Bilas dengan air hangat dan gunakan kain lembut agar wajah lebih bersih.
Bagaimana dengan pemakaian masker pada waktu malam?

nunaabdullah.com


Selain sebelum dan setelah mandi, waktu yang tepat untuk menggunakan masker adalah malam hari, tepat sebelum tidur. Umumnya, overnight mask ini lebih sesuai untuk jenis kulit kering dan normal.
Overnight mask dapat menembus kulit lebih dalam ketika anda tidur dan mencegah kotoran dan debu masuk ke pori-pori. Bahkan, masker yang juga disebut sebagai sleeping mask ini juga dapat mengunci kelembapan di permukaan kulit wajah.
Sebenarnya waktu yang tepat memakai masker bergantung pada jenis kulit anda. Jika Anda ragu-ragu, berjumpa dengan pakar kulit sebelum menggunakannya sebagai rutin kecantikan agar mendapatkan hasil yang maksima.
Lastly,nuna sangat sarankan agar anda semua sentiasa konsisten untuk memakai masker agar dapat kulit muka yang cantik dan sihat.Salam sayang dan jumpa lagi di lain entri.Inshaallah!

0 Comments