Assalamualaikum dan hai semua.Okey memandangkan sudah lama nuna tidak update blog nuna,alhamdulillah dikesempatan masa yang ada nuna ingin memberikan tips bagaimana untuk mengenali warna blusher yang sesuai untuk kulit anda.Pasti anda semua nak tahu kan?


Sebagai wanita,memang nuna tidak nafikan agak payah sebenarnya untuk anda semua tentukan warna blusher yang sesuai untuk kulit kita sebenarnya.Kadang-kadang kala ada juga segelintir wanita yang beli sahaja blsuher tanpa menitik beratkan samaada blusher tersebut sesuai atau tak pada kulit wajah mereka sebenarnya?


Okeylah,jangan risau.Pada entri kali ini nuna cuba untuk memberikan tips kenali warna blusher yang sesuai dengan kulit anda.Confirm nanti anda akan tampak lebih berseri jika memakai blusher yang sesuai dengan tona warna kulit.



KULIT CERAH:Warna Blusher yang sesuai untuk kulit yang cerah seperti soft pink,light corak dan peach.Efek warna lembut sebegini membuatkan wajah anda tampil lebih fresh dan lebih nature look.


KULIT SEDERHANA:Untuk anda yang berwarna kulit sederhana,jangan rungsing hendak pilih blusher tau kerana warna blusher seperti rich pink,warm  mauve dan deep peach akan membuatkan wajah anda tampil lebih kemas dan rapi serta menyerlahkan seri kecantikan anda.


KULIT GELAP:Untuk anda yang yang berkulit gelap,warna blusher seperti deep fuchia,warm brown dan tangerine amatlah sesuai untuk ton kulit anda dan nampak lebih elegant dan cantik.


oleh itu pilihlah blusher sesuai dengan kulit anda.Jika anda tersilap beli warna blusher mungkin ia akan tampak kurang menarik apabila diaplikasikan pada wajah.Jadi mari amalkan tips memilih blusher sebelum anda membuat pilihan untuk membeli blusher.Ingat blusher yang sesuai pada wajah akan menaikan lagi aura dan personaliti anda.

Selamat mencuba tips ini!


Semoga perkongsian nuna pada entri kali ini memberi manfaat untuk anda semua.Salam sayang daripada nuna.Kita jumpa lagi di lain entri dan semestinya entri yang baru.In sha Allah.


Lots of love-nuna.




0 Comments