Assalamualaikum dan hai semua.Ok pada entri kali ini nuna ingin berkongsi mengenai lukisan.Okey sebelum nuna berceloteh lebih banyak lagi,nuna nak tanya anda semua pernah melukis?

Agaknya bila kali terakhir anda semua melukis?

Okey jawab sendiri je tau.Kalau anda jawab pun bukan nuna dengar pun.hehehe.

ni lukisan nuna tau...nuna namakan lukisan ni "ocean blue"sebab  hampir keseluruhan lukisan menggunakan warna biru.


Baiklah nuna akan kongsikan 5 fakta menulis untuk anak kecil.Selalunya nuna akan ajar anak saudara nuna melukis sama-sama dengan nuna.Best sangat!Cubalah.


5 FAKTA MELUKIS UNTUK ANAK KECIL

1.Mengasah kemahiran motor halus anak

 

Apabila anak sudah pandai memegang pensel, ibu bapa boleh tengok mana satu tangan dominan anak. Apabila anda ajar anak melukis, tunjukkan cara yang betul untuk memegang pensel dan pastikan anak mempunyai genggaman dan cara pegangan yang baik.

 

Dengan kawalan tangan yang lebih baik, coretan anak akan berubah kepada garisan dan garisan lengkung yang lebih padat.

Kemudian, anak akan belajar untuk melukis objek, orang, dan tempat pula!

 

2.Memupuk minat pada seni dan kreativiti

 

Setiap anak-anak ini sebenarnya mempunyai kreatif secara semulajadi. Ibu bapa harus menjadi pendorong utama untuk mereka menerokai kreativiti dan memupuk minat seni di mana anak-anak boleh melukis atau merekabentuk dan mencipta apa sahaja.

 

3.Kelebihan jadi alat untuk mengajar buat anak

 

Sesetengah kanak-kanak adalah pelajar visual. Ini bermakna mereka belajar lebih baik melalui gambar atau imej. Jika anda anak yang diklasifikasi sebagai pelajar visual, lukisan boleh jadi cara baik untuk mengajar perkara dan idea baru.

 

Jika anda ajar anak melukis, dia boleh melukis jawapannya kepada soalan yang diberi. Ini aktiviti sambil belajar yang seronok, bukan? 

Anda boleh tanyakan tentang mainan kegemarannya, makanan, watak kartun serta tempat-tempat yang dia pernah lawat.

Satu cara lainnya adalah dengan menyuruh anak melabelkan lukisan mereka. Aktiviti ini lebih sesuai untuk kanak-kanak yang sedang belajar huruf abjad, dan boleh mengajar anak ejaan dan tulisan tangan. 

 

4.Meluahkan perasaan mereka melalui seni

 

Perkembangan emosi turut terlibat apabila adanya aktiviti melukis. Ajar anak melukis dan ajar mereka yang lukisan boleh digunakan sebagai cara untuk meluahkan emosi, pemikiran, perasaan suka, dan tidak suka. Kanak-kanak akan cuba menterjemahkan atau mengekspresikan emosi mereka melalui lukisan. Melalui lukisan serta warna yang diguna, anak boleh menunjukkan perasaan mereka tanpa batasan. Ibu bapa juga boleh mengenali dan memahami personaliti anak apabila mereka ikut melukis bersama.

 

5.Membina ikatan kekeluargaan

 

Melukis bersama ialah salah satu aktiviti yang boleh membina ikatan kekeluargaan. Ini juga merupakan cara yang menyeronokkan untuk mengajar benda-benda baru dan meningkatkan perkembangan otak anak-anak. Oleh itu, ibu bapa ajar anak melukis dan ikut melukis bersama-sama. Ianya bukan hanya dapat mengeratkan perhubungan malah hasil lukisan bersama juga boleh disimpan buat kenangan berharga seisi keluarga.

 

Daripada aktiviti melukis bersama-sama ini sebenarnya juga akan mencungkil bakat kreativiti anak. Kreativiti ini dapat diperkembangkan melalui aspek kelancaran, fleksibiliti, kejelasan dan keaslian. Aspek-aspek ini boleh diaplikasikan semasa aktiviti melukis dan hasilnya dapat diteliti secara jelas. Dari sini akan mula nampak bakat terselah anak dalam melukis. 

 

Secara tidak langsung juga aktiviti seni akan menggalakkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir bagi menghasilkan karya seni yang baik dan cantik. Perkembangan kognitif kanak-kanak dapat dilihat semasa proses melukis sesuatu bentuk lukisan kerana ketika itu mereka akan berfikir dari segi bentuk lukisan, aplikasi ruang, bahan dan warna yang diperlukan, bilangan garisan dan sebagainya.


okey itu saja fakta melukis daripada nuna...semoga bermanfaat.


kita jumpa di lain entri okey...

2 Comments

  1. Painting tu walaupun simple tapi lawa. Sis tak ada bakat melukis tapi mewarna minat lah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa sama laa minat kita...nuna pun suka melukis dan mewarna.

      Delete

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.