Assalamualaikum dan hai semua.Pada entri kali ini nuna hendak berkongsi mengenai 5 kelebihan beri biru atau istilah inggerisnya dipanggil "Blueberry" yang sememangnya berkhasiat dan sangat baik untuk kecantikan khususnya buat para wanita.


nunaabdullah.com

Jom kita lihat 5 kebaikan "Beri Biru" untuk kecantikan wanita.

Beri biru sememangnya kaya dengan vitamin A, E dan C, justeru ia sangat bermanfaat bukan saja untuk kulit wajah, tetapi juga rambut.


Mari lihat apa khasiat beri biru ini.


1) Anti Penuaan


Salah satu kandungan dalam beri biru yang baik bagi kulit adalah vitamin C. Selain berperanan membantu menjaga metabolisme tubuh, vitamin C juga baik dalam memerangi simptom penuaan.


Jadi, apa kata anda cuba membuat masker menggunakan beri biru. Caranya, kisar beri biru dengan yogurt. Kemudian sapukan pada wajah dan biar selama 20 hingga 30 minit. Bilas dengan air. Anda pasti gembira dengan hasilnya, asalkan amalan ini dilakukan dengan konsisten. Oleh itu, kini anda tidak perlu lagi membeli serum yang mahal.



Vitamin C yang terkandung dalam beri biru baik dalam memerangi simptom penuaan.


2) Anti Oksidan


Beri biru merupakan salah satu buah yang memiliki kandungan antioksidan yang tinggi jika dibandingkan dengan anggur. Antioksidan berperanan melindungi kulit dari radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit, mencegah kedutan dan bertindak memperbaiki kulit yang luka dengan cepat.


3) Mencegah jerawat


Beri biru juga bagus untuk merawat kulit yang berjerawat. Ia membuka pori-pori tersumbat yang menjadi punca pembentukan jerawat dan bertindak melawan bakteria penyebab jerawat.


Namun, perlu diingat bahawa kandungan asid salisilik di dalam beri biru mungkin tidak sesuai bagi semua orang kerana ia boleh menyebabkan kekeringan pada kulit. Oleh itu, penggunaan beri biru perlu disertakan dengan pelembap.


4) Akar rambut subur


Kandungan vitamin C yang ada pada beri biru tidak hanya berguna bagi kulit, namun ia juga membantu melancarkan peredaran darah ke kulit kepala. Beri biru berperanan menyuburkan akar rambut, bahkan kandungan proanthocyanidins di dalamnya juga berfungsi dalam merangsang pertumbuhan rambut.


5) Melambatkan rambut beruban


Rambut beruban disebabkan oleh pigmentasi yang hilang juga boleh dicegah dengan memakan beri biru. Kekurangan pengambilan vitamin B12 juga boleh menjadi faktor yang menyebabkan rambut memutih lebih cepat. Amalan memakan beri biru boleh menjadi penyelesaian kepada masalah ini. 


Jadi apa tunggu lagi,mulai sekarang rajinkanlah makan beri biru ya untuk kecantikan kulit dan juga rambut.

Sampai disini saja entri nuna pada kali ini dan kita jumpa lagi di lain entri ya.

Salam sayang-nuna abdullah.


0 Comments