Assalamualaikum dan hai semua,pada entri kali ini nuna hendak berkongsi mengenai kelebihan Rasberry yang wajib anda tahu untuk kesihatan dan kecantikan.




Raspberry merupakan buah dari keluarga beri-berian yang memiliki bentuk dan warna yang sangat indah. Raspberry akan dengan mudah meleleh di mulut karana teksturnya yang manis dan lembut.

Di sebalik bentuk dan warnanya yang cantik, raspberry kaya akan serat dan zat antioksidan seperti polifenol. Sehingga tak mengherankan jika raspberry memiliki khasiat sihat berikut :



Menurunkan berat badan

Raspberry kaya dengan serat yang akan membuatkan kita merasa kenyang lebih lama setelah memakannya. Buah ini juga mengandungi zat yang akan meningkatkan metabolisme tubuh. Dengan demikian proses pembakaran lemak akan berlangsung secara maksimal.

Memerangi kanser

Dengan makan raspberry juga akan membantu memerangi kanser karana kaya dengan zat antioksidan akan menghentikan produksi sel kanser tertentu yang meliputi kanser payudara, kanser paru-paru, kanser kulit.

Menjaga kesihatan jantung
Setiap 1 buah beri mengandung 0,2 miligram anthocyanin yang berperanan penting untuk menurunkan kerosakan radang.

Meningkatkan kesuburan
Kandungan vitamin C dan magnesium di dalam raspberry akan meningkatkan kesuburan pada lelaki dan wanita.

Meningkatkan imunisasi
Buah beri seperti rasberi sudah dikenal lama sebagai buah yang berkhasiat untuk meningkatkan imunisasi. Sebabnya, buah ini mengandung vitamin C dan zat antioksidan seperti fenol dan anthocyanin.

Mengubati diabetes
Fitonutrien di dalam raspberry akan bekerja dalam tubuh untuk memperbaiki keseimbangan gula darah dan meningkatkan keseimbangan insulin. Hal ini berguna untuk mencegah diabetes.

Memperkuat memori
Kandungan fitonutrien bersama dengan polifenol diketahui boleh memperbaiki masalah kognitif dan memperkuat memori yang menurun kerana usia.

Menjaga kesihatan pencernaan
Selain itu menurunkan berat badan, kandungan serat dalam raspberry juga bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan pencernaan.

Meringankan arthritis
Kandungan polifenol dalam raspberry sangat baik untuk menjaga kesehatan sendi dan mengubati radang. 

Itulah manfaat sihat dari buah raspberry. Tak ada salahnya jika anda mencuba makan raspberry demi mendapatkan kesihatan tubuh yang maksimum.

4 Comments

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.