PART 3

Cuaca harini agak sejuk,tiupan angin yang sederhana laju membuatkan pokok-pokok bergoyang-goyang.Namun ini tidak mematahkan semangat Hairi untuk menyiasat sendiri rumah di pinggir hutan itu. “Huish sejuknya...mungkin jugak nak hujan ni,awan pun nampak dah gelap sikit”telah Hairi sendirian.Mujur saja haiti memakai sweater tebal jadi rasa sejuk berkurang sikit.Dia mempercepatkan langkah agar segera sampai ke rumah itu. 

Hairi terpegun melihat susunan pokok yang tersusun kemas di halaman rumah bangaloo itu.Hairi sendiri pun pelik kerana tiada sedikitpun tanda-tanda yang penghuni rumah tersebut orang yang misteri.Kelihatan seorang ayah dan anak sedang bergurau senda.Sesekali timbul rasa ingin tahu siapakah gerangan pak cik itu dan anak perempuannya itu. Sempat pula Hairi berselindung di sebalik sebatang pokok besar yang agak merimbun.


 “Aduh!sakitnya!”Hairi mengerang kesakitan apabila ranting pokok menghempap kepalanya.Mujurlah ranting itu kecil saja namun tetap jua terasa sakit jika terjatuh di atas kepala.Sempat dia mengosok perlahan kepalanya untuk mengurangkan rasa sakit. 

Prof Rashdan yang mendengar suara itu terus bergegas ke tempat Hairi.Dia segera membantu.“Anak tak apa-apa?”itulah soalan yang terpacul di bibir Prof Rashdan tatkala dia cuba membantu Hairi. Hairi tergaman.Dia kaku ditempatnya sambil mengosok kepalanya yang masih sakit.Tanpa berlengah terus saja Prof Rashdan memapah Hairi lalu dibawa masuk ke halaman rumahnya.Lantas Hairi didudukkan di atas sebuah bangku. 

“Naira,pergi ambil emergency box dalam bilik abah”arah Prof Rashdan kepada anaknya Naira yang turut ada disitu sambil memerhati gerangan pemuda yang sedikit cedera di kepalanya. “Baik abah” USAI menyapu ubat pada kepala Hairi,Prof Rashdan menjemput Hairi minum bersama sambil makan kaipap.Hairi sedikit segan namun pelawaan Prof Rashdan berkali-kali itu akhirnya membuatkan dia akur dan mula menguyah sebijik karipap. 


“Anak nak kemana tadi?”tanya Prof Rashdan ingin tahu.Setahu dia tiada orang kampung yang tinggal di pinggir hutan ini melainkan dia dan Naira saja. 

“Ouhh...say...sayaaa ingat nak pergi kutip pucuk paku,mak nak buat bubur lambuk esok”dalih Hairi pula.Mana mungkin dia menceritakan niatnya sebenar adalah untuk menyiasat keluarga pak cik ini. “Pak cik...boleh saya tahu pak cik buat apa dekat sini?maksud saya pak cik dari mana dulu?”berbelit juga lidah Hairi untuk menyusun kata. Lama Prof Rashdan terdiam.Dengan tepat dia memandang Hairi.Dia tahu anak muda di hadapannya itu seorang yang jujur,jadi dia berhasrat menceritakan pada Hairi. 


“Sebelum tu boleh pak cik tahu nama anak?” “Boleh pak cik...Saya Muhammad Hairi.Boleh panggil Hairi je”balas Hairi dengan ramah.Sempat pula dia mempamerkan senyuman untuk Prof Rashdan.“Bailah Hairi,pak cik dulu kerja dekat luar negara…”Prof Rashdan bagaikan berjeda seketika.Intonasi suaranya juga kedengaran sebak. Lepas isteri pak cik meninggal,pak cik dan anak pakcik,Naira pulang dekat Malaysia.Pak cik sengaja pilih kampung ni sebab pak cik rasa alamnya masih terjaga dan belum diterokai.Jadinya bagus untuk anak pak cik dirawat. 


“Hah dirawat?maksud pakcik?” “Naira ni hidap penghidap kanser,jadi pak cik sedaya upaya nak rawat penyakit dia.Kalau Hairi nak tahu pokok yang macam rumput tu namanya Cyperus Rotundus.Berdasarkan beberapa kajian terhadap sampel pokok itu,pak cik percaya yang dia mampu menjadi penawar kepada sakit anak pak cik. 


“Berapa lama lagi kena tunggu pak cik?”tanya Hairi berminat. “Tak lama dah,mungkin dalam satu bulan je lagi.Kalau Pak cik dah dapat result dari lab Eropah bagitau yang dia sesuai jadi penawar,jadi pak cik akan segerakan untuk rawat Naira.Pak cik sayang dia,Hairi.Dia satu-satunya yang pak cik ada sekarang ni. 

“In Sha Allah,semoga dipermudahkan urusan pak cik sekeluarga”Doa Hairi pula. SEJAK pertemuan tempoh hari,boleh dikatakan setiap hari Hairi akan datang ke rumah Prof Rashdan dan mempelajari mengenai pelbagai ilmu yang dari Prof Rashdan.Malah hubungan Hairi dan Naira juga semakin rapat.Mereka bagaikan ibarat teman rapat.Lama kelamaan hubungan antara Hairi,Prof Rashdan dan Naira semakin rapat. 

1 Comments

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.