TEPUNG BERAS BAGUS UNTUK KULIT CERAH DAN HALUSKAN KULIT WAJAH - Nuna Abdullah Nuna Abdullah: TEPUNG BERAS BAGUS UNTUK KULIT CERAH DAN HALUSKAN KULIT WAJAH

TEPUNG BERAS BAGUS UNTUK KULIT CERAH DAN HALUSKAN KULIT WAJAH

Nuna Abdullah | October 15, 2019 | 1 Comments

Hai semua,pada posting kali ini nuna ingin berkongsikan tentang tips kecantikan dengan menggunakan barang dapur sahaja.Paling penting kita dapat menjaga kecantikan kulit tanpa mengeluarkan wang yang banyak.Pengalaman nuna sendiri,semakin lama mengamalkan penggunaan masker wajah menggunakan tepung beras. kulit semakin halus dan semakin cerah.

Masih ramai orang diluar sana yang masih tidak mengetahui akan kebaikan menggunakan tepung beras sebagai masker wajah.Tepung beras umumnya mempunyai kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan kulit.Antara kandungannya adalah mengandungi  vitamin b,allatoin.

Terdapat banyak manfaat dengan mengamalkan pemakaian masker tepung beras.


1.Mampu mencerahkan kulit wajah(kulit makin halus)

Untuk pengetahuan semua,tepung beras juga mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi untuk merawat kulit wajah yang kusam dan juga tidak bermaya.Oleh kerana itulah setiap kali pemakaian masker tepung beras kulit kita terasa licin dan bersih.

2.Menghaluskan kulit muka
siapa  yang ingin memiliki kulit yang halus?cubalah menggunakan tepung beras.Masker tepung beras memberikan nutrisi pada kulit wajah.Protein yang terkandung di dalam tepung beras mampu membuatkan kulit wajah semakin halus dan garis garis kedutan berkurang.

3.Mencegah penuaan 
Sememangnya penuaan membuatkan kita rasa tidak yakin untuk melakukan aktiviti seharian.untuk mencegah serta merawat kulit dengan baik,pemakaian masker tepung beras secara konsisten dapat membantu dalam merawat dan juga memperbaiki struktur kulit.

4.Merawat jerawat
mempunyai jerawat pada kulit wajah?jangan risau,anda semua dapat merawat jerawat dengan masker tepung beras kerana tepung beras berupaya membantu memudarkan parut serta mengecutkan jerawat.

5.Mengatasi "eye bag ataupun mata panda"
oleskan sedikit tepung beras di bahagian mata.sapukan setiap malam sebelum tidur.jika diamalkan secara konsisten,mata panda anda semua akan beransur pulih dan hilang.selain itu,tepung beras juga merupakan alternatif lain bagi kopi untuk merawat mata panda.

semoga entri nuna pada kali ini memberi manfaat untuk anda semua.

1 comment:

  1. uuit baru tahu ni.. buat jadi masker senang..
    letak sikit essence apa kita ada then tepek..

    ReplyDelete

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.

Nuna Abdullah © . Designed by MaisarahSidi.com