Hai semua,pada posting kali ini nuna ingin berkongsikan tentang tips kecantikan dengan menggunakan barang dapur sahaja.Paling penting kita dapat menjaga kecantikan kulit tanpa mengeluarkan wang yang banyak.Pengalaman nuna sendiri,semakin lama mengamalkan penggunaan masker wajah menggunakan tepung beras. kulit semakin halus dan semakin cerah.

Masih ramai orang diluar sana yang masih tidak mengetahui akan kebaikan menggunakan tepung beras sebagai masker wajah.Tepung beras umumnya mempunyai kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan kulit.Antara kandungannya adalah mengandungi  vitamin b,allatoin.

Terdapat banyak manfaat dengan mengamalkan pemakaian masker tepung beras.


1.Mampu mencerahkan kulit wajah(kulit makin halus)

Untuk pengetahuan semua,tepung beras juga mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi untuk merawat kulit wajah yang kusam dan juga tidak bermaya.Oleh kerana itulah setiap kali pemakaian masker tepung beras kulit kita terasa licin dan bersih.

2.Menghaluskan kulit muka
siapa  yang ingin memiliki kulit yang halus?cubalah menggunakan tepung beras.Masker tepung beras memberikan nutrisi pada kulit wajah.Protein yang terkandung di dalam tepung beras mampu membuatkan kulit wajah semakin halus dan garis garis kedutan berkurang.

3.Mencegah penuaan 
Sememangnya penuaan membuatkan kita rasa tidak yakin untuk melakukan aktiviti seharian.untuk mencegah serta merawat kulit dengan baik,pemakaian masker tepung beras secara konsisten dapat membantu dalam merawat dan juga memperbaiki struktur kulit.

4.Merawat jerawat
mempunyai jerawat pada kulit wajah?jangan risau,anda semua dapat merawat jerawat dengan masker tepung beras kerana tepung beras berupaya membantu memudarkan parut serta mengecutkan jerawat.

5.Mengatasi "eye bag ataupun mata panda"
oleskan sedikit tepung beras di bahagian mata.sapukan setiap malam sebelum tidur.jika diamalkan secara konsisten,mata panda anda semua akan beransur pulih dan hilang.selain itu,tepung beras juga merupakan alternatif lain bagi kopi untuk merawat mata panda.

semoga entri nuna pada kali ini memberi manfaat untuk anda semua.

21 Comments

  1. uuit baru tahu ni.. buat jadi masker senang..
    letak sikit essence apa kita ada then tepek..

    ReplyDelete
  2. Memang kena tepung brand ni jeke jadi hehee ke boleh yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je tepung beras brand lain pun asalkan tepung beras :)

      Delete
  3. Memang dah try ,skin makin lembut ,seronok ,sejukk je pakai hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi,kan memang lembut je kulit lepas pakai tepung beras ni :)

      Delete
  4. Tepung beras ni kena Masker berapa lama utk dimuka yew sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya biarkan dalam 10-15 minit.lepas tu baru bilas dengan air bersih..

      Delete
  5. Klu nak guna lebih 15 minit boleh ke

    ReplyDelete
  6. Hello saye nk tnye tepung beras ni bole digunakan dekt badan tk

    ReplyDelete
  7. Hy sis klau guna tpung brs dn kunyit bly x..lpstu mcmna nk buat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja campur tepung beras dengan kunyit.caranya mudah je just masukkan satu sudu kecil kunyit(tapi jangan banyak sgt takut kuning muka ..hehe ;) pastu masukkan 3 sudu makan tepung beras.

      masukkan air sikit &kacau.lepas tu dah boleh apply dekat muka.

      semoga bermanfaat:)

      Delete
  8. Pakai tepung beras ni boleh tak tunggu smpai esok pagi baru bilas ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes boleh je sis..nuna pun selalu jugak buat macam tu :)

      Delete
  9. Klu campur tepung beras.ubat gigi.vaseline ok jgk kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nuna biasanya just campurkan tepung beras dengan air @air mawar saja...selain dari tu nuna tak pernah cuba lagi :)

      Delete
  10. Sesuai tak utk kulit muka yg berminyak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai je sebab tepung beras memang fungsi dia boleh serap minyak berlebihan dekat muka :)

      Delete
  11. Kalau campur alo vera bole ke

    ReplyDelete

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.