6 TIPS PENJAGAAN KULIT KERING YANG PERLU ANDA TAHU
Tuntutan dan kesibukan para wanita
yang berkerjaya,gaya hidup yang terlalu sibuk sehinggakan menyebabkan
tekanan,kerisauan,
penuaan yang disebabkan faktor
usia,kulit yang kurang keanjalan menyebakan kulit menjadi semakin kering,garis
garis penuaan di sekitar mata dan mulut menyebabkan hilang seri awet muda .udara
yang panas serta kering juga menyumbang kepada kekeringan kulit.Banyak betul faktor kan,risau pula nuna.
Baiklah,mari nuna nyatakan bagaimana
cara untuk kita menjaga kulit kering dengan betul
1.Pertama sekali,cuci muka dan
jangan lupa untuk sapukan pelembap selepas cuci muka.wajib ikut terutamanya
untuk sesiapa ada kulit kering.
Berdasarkan pengalaman nuna
sendiri,dulu kulit nuna kering dan apabila pakai bedak akan bercampuk dan nampak
tidak sekata.Tapi setelah nuna konsisten pakai pelembap setiap kali selepas cuci
muka,muka nuna rasa selesa dan paling penting tak kering.
2.Ini tips mahal tau.kenapa?sebab
apabila sesiapa amalkan tips ini muka akan menjadi berseri seri dan masalah
kulit kering hilang.seronok bukan.
Tipsnya adalah korang mesti melakukan rawatan
ais ke atas muka sekurang kurangnya dua kali seminggu.Tapi awas jangan lakukan waktu
tengah hari kerana waktu tengah hari kan panas,jadi disarankan buat waktu pagi
atau malam.
Caranya muda sahaja,ambil beberapa
ketul ais dari peti sejuk ,lalu golekkan ais tersebut di atas muka.cubalah
memang berkesan.
3.Elakkan mandi air panas kerana
boleh menyebabkan kulit anda semakin kering.Jangan buat tau.
4.Tips paling penting dan ramai
orang orang korea sangat ambil berat iaitu sapukan sunblock sebelum terdedah
dengan cahaya matahari .kalau boleh,pilih sunscreen yang mempunyai spf yang
tinggi seperti spf 30 dan keatas.
5.Sentiasa sapukan krim pelembap
yang sesuai dengan kulit anda semua terutamanya di bahagian kulit yang kering.Nuna
biasanya dapatkan krim pelembap untuk kulit di Watson ataupun guardian.senang
kan.
6.Sentiasa minum air yang
mencukupi.Air merupakan perkara yang paling asas dan memang perlu untuk
kehidupan.Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik dan tak kering,sekurang
kurangnya wajib minum 8 gelas sehari.
kalau tak boleh hendak minum air
dalam kuantiti yang banyak,cuba cari botol minuman yang memang dah label isipadu air sesuatu botol,contohnya 2.5
liter per isipadu botol.Jadi mudah untuk
anda semua sukat beberapa banyak jumlah air yang dah anda semua minum.
Senang kan,semoga tips tips yang
nuna berikan bermanfaat untuk kalian semua.
0 Comments
Hai visitor
komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.