Hai semua,harini nuna nak kongsikan pengalaman nuna sendiri mencuba wardah dd cream-c defense ni.Mesti anda semua tak sabar kan...hehehe..

siapa pernah ke Watson pasti tahu bahawa rangkaian produk wardah ini telah pun memasuki pasaran Watson di seluruh Malaysia.Pantang masuk ke Watson sahaja,pasti nuna akan pergi ke ruangan produk kosmetik wardah dahulu  yang semestinya mempunyai pelbagai pilihan  produk yang menarik.

Jujurnya,nuna sememangnya mencari produk yang berkualiti namun dalam masa yang sama mampu milik dan juga dapat memenuhi citarasa nuna sendiri.

Apa yang menarik mengenai wardah dd cream c defense ni nuna perasan dapat menutup parut ataupun tona kulit yang tak merata.kulit yang kusam juga boleh ditambah seri jika mengenakan secalit dd cream ni.


selain itu juga,buat anda yang tidak gemar memakai makeup yang tebal dan nak nampak neutral dan fresh eloklah mencuba dd cream c defense.bukan itu sahaja,tekstur dd crem c defense sangatlah ringan dan sesuai dipakai sehari hari.

tekstur yang ringan juga membuatkan wajah kita tidak berminyak dan bercampuk.sangatlah neutral dan segar je.

selain itu juga,kandungan vitamin e yang terdapat di dalam dd cream cdefense dapat merawat kulit wajah.so,ini boleh dikatakan dua dalam satu manfaat yang kita boleh dapat.

wardah dd cream c defense juga memiliki kandungan vitamin c.tak lain dan tak bukan adalah untuk mencerahkan kulit wajah.best kan..

nuna tahu mesti anda diluar sana sama macam nuna kan.tak suka pakai makeup tebal dan lebih memilih untuk tampil neutral beauty..hehehe..

itu sahaja perkongsian nuna mengenai wardah dd cream c defense..akhir sekali nuna bagi 8/10 bintang untuk produk ni...

p/s:ini bukan paid review,sesungguhnya ini adalah perkongsian jujur  nuna sendiri sepanjang mencuba dan memakai produk ini.

salam sayang-nuna...

5 Comments

  1. review yang ikhlas dari hati kan Nuna , terbaik lah :)

    ReplyDelete
  2. Saya juga guna produk ni.. sangat tahan lama

    ReplyDelete
  3. Hi, kakak juga menggunakan DD cream ini, memang best sgt... Secalit je da boleh mencantikkan kulit 👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.