Assalamualaikum semua dan salam ceria.Sebenarnya dari minggu lepas lagi nuna hendak review salah satu produk yang cukup menarik minat nuna dan membuatkan nuna rasa amat berbaloi dengan harganya.Namun kerana kesibukan dengan aktiviti harian jadi sedikit sebanyak membataskan nuna untuk menulis di blog kecil ini..hehehehe

Kenapa nuna cakap berbaloi beli?Sebabnya pertama adalah liptint in2it ini mempunyai mempunyai empat warna kesemuanya iaitu Peach,Strawberry,Rasberry dan Melon.wah menarik bukan macam macam pilihan ada.

boleh rujuk gambar untuk lihat pemakaian warna kod liptint in2it
bagi nuna pemilihan warna liptint ini sangat memainkan peranan dalam mempamerkan keperibadian seseorang.Macam nuna sendiri,suka liptint peach(GT 01) kerana menampakkan wajah kita lebih segar dan berseri.

selain segar dan berseri,pemakaian liptint yang berwarna lembut seperti peach membuatkan aura feminin pemakainya terselah.Jadi untuk anda yang hendak bergaya dalam masa yang sama tidak mahu kelihatan berlebihan dalam bermakeup bolehlah mencubanya.


so far,apa yang nuna perasan pemakaian liptint ini sangat mudah dan tidak merumitkan.Jadi kita cuma oleskan di bibir tanpa perlu risau bibir kelihatan comot.Selain itu,liptint in2it ini juga tahan lama.Tak seperti lipstik yang nuna pakai yang akan hilang bila minum air.


Lastly,yang menarik tentang liptint in2it ini adalah boleh juga disapukan di pipi untuk dijadikan blusher.Jadi tidak perlu membazir duit beli blusher lagi.Wah banyak sungguh fungsi liptint in2it ini.Memang menggoda kalbu betul.

Dekat mana boleh dapatkan liptint in2it?

boleh dapatkan dimana mana cawangan Watson berdekatan anda semua.

hehehe,sampa disini sahaja entri nuna untuk kali ini.Salam sayang daripada nuna.

jumpa lagi di entri entri yang lain dan terima kasih kerana singgah blog nuna.


0 Comments