Assalamualaikum dan hai semua..Salam Ramadan nuna ucapkan buat semua  dan selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

baiklah memandang hari ini ,hari pertama kita berpuasa bagi tahun 2020,nuna hendak berkongsi  resepi minuman  jus epal asam boi yang sangat sesuai dijadikan minuman istimewa untuk juadah berbuka puasa nanti.

Apa yang penting bahan bahannya pun mudah didapati dan dapat menghidratkan badan serta menghilang tenaga setelah seharian berpuasa..

memang best betul gabungan epal hijau segar dicampur pula dengan asam boi,memang padu dan menyegarkan.nuna sendiri pun memang gemar minuman jus epal asam boi dan boleh dikatakan salah satu minuman favorite nuna juga..hehehe

resepi jus epal asam boi:


BAHAN-BAHANNYA
1 biji epal hijau
2 biji asam boi
1 sudu besar sirap gula (kalau tak bubuh gula lagi baik...)
1 gelas air masak
Air batu hancur secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
Epal hijau dikupas kulitnya dan dibuang bijinya lalu dipotong kecil2
Masukkan kedalam juice blender sekali dengan sirap gula dan air masak
Blend kan sehingga betul2 sebati dan hancur epalnya
Ambil jusnya dan tuangkan ke dalam gelas
Masukkan asam boi dan diikuti air batu hancur dan sedia untuk dinikmati.


wah sungguh ringkas dan senang sungguh untuk dibuat.Jadi untuk anda diluar sana,tak perlu susah susah fikir hendak minum air apa sebabnya jus epal asam boi pun dah boleh dikira istimewa dan sedap untuk dijadikan minuman untuk berbuka puasa nanti.

apa tunggu lagi,jom sama sama buat dekat rumah masing masing.Sangat rugi kalau tidak mencuba.sekali minum jus epal asam boi pasti mahu lagi..

baiklah,sampai disini saja entri nuna pada kali ini.so,memandangkan Ramadan jadi nuna tulis entri yang  simple je.hihihi..

selamat berpuasa semua..kita jumpa lagi di lain entri ya!salam sayang-nuna


0 Comments