Assalamualaikum dan hai semua.Untuk semua yang tertanya tanya tentang cara untuk membuat serum menggunakan grapefruit,harini nuna akan kongsikan untuk anda semua.

Benda best dan baik seharusnya dikongsi bersama.Bagi anda yang tidak tahu apa itu khasiat grapefruit boleh rujuk entri nuna sebelum ini disini https://www.nunaabdullah.com/2020/06/khasiat-grapefruit-untuk-kesihatan

nunaabdullah.com
sebelum itu,pasti ada diantara anda semua yang tertanya boleh ke atau tak sebenarnya membuat serum muka hanya menggunakan bahan bahan asas yang sedia ada dekat dapur.Jawapannya adalah boleh.Hanya menggunakan bahan bahan asas yang ada di dapur anda mampu merawat kulit wajah anda tanpa perlu berbelanja lebih untuk membeli kosmetik yang mahal.

Serum ni kaya dengan sumber vit c. Boleh membuatkan  kulit anda kekal cerah berseri.

Yang nak pudarkan jeragat, parut dan bintik coklat, boleh cuba dengan serum ni.Barulah kulit licin dan sihat.


Resepi serum

Bahan bahan:

1. 1 hirisan grapefruit
2. 1 hirisan lemon
3. 1 hirisan oren
4. 2 sudu besar glycerin (boleh dapatkan di kedai kek)
5. 2 Sudu besar aloevera gel
6. 2-3 biji Vitamin C (beli dekat farmasi)
7. 1-2 Sudu besar tepung jagung


Cara buat :

1. Perah kesemuanya, ambil jusnya.
2. Kemudian masukkan glycerin
3. Masukkan aloevera
4. Masukkan vitamin C yang di tumbuk
5. Masukkan tepung jagung
6. Kacau lawan jam sampai sebati


Serum ini boleh tahan sebulan lebih.Seeloknya simpan didalam peti sejuk.Boleh dipakai 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan juga malam.In Sha Allah, Kulit anda  semakin cerah berseri.Cubalah sendiri dan rasai kesannya.

Wah mudah sahaja cara untuk membuat serum ini.Bahan bahan pula mudah untuk dapat.Selain itu dapat mencerahkan kulit wajah dengan bahan alami dan paling penting tidak berbahaya untuk kesihatan.

Jadi apa tunggu lagi,musim musim pkp ini elok sungguh kalau kita lakukan perkara yang bermanfaat.Apa kata duduk dirumah,cubalah bancuh serum ini dan pakai setiap hari.Mesti anda akan merasai perubahannya.Bak kata orang "nak cantik,kena usaha" betul tak?.yang penting kena selalu mencuba perkara baru yang bermanfaat untuk diri kita.

semoga perkongsian nuna pada kali ini dapat memberi sedikit manfaat untuk anda semua.Jika rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa untuk kongsikan kepada kenalan anda.

salam cantik secara alami daripada nuna





0 Comments