KURMA AJWA DAN KELEBIHANNYA
Assalamualaikum dan hai semua.Hari ini nuna hendak kongsikan mengenai kurma Ajwa.Sebenarnya banyak kelebihan kurma Ajwa yang masih ramai anda tidak tahu.
Kurma ni banyak jenis. Ada kurma Mazafati, kurma Sayer, kurma Mabroom, kurma Piarom, kurma Ajwa dan banyak lagi. Yang paling Nuna suka adalah kurma Ajwa kerana isinya yang tidak manis, padat dan mengenyangkan. Kurma Ajwa dikenali sebagai kurma Nabi.Sebenarnya banyak kelebihan kurma Ajwa yang sememangnya bagus untuk kesihatan kita dan ramai terlepas pandang akan kelebihannya.
Kelebihan Mengamalkan Kurma Ajwa Kurma
Banyak kelebihan sebenarnya apabila mengamalkan kurma Ajwa kurma paling mahal ini. Harganya boleh cecah RM80 - RM160 sekilo di Malaysia tau. Kalau di Arab Saudi cecah 60-80 riyal sekilo.
Apa kelebihan mengamalkan kurma Ajwa ni? Antara kelebihannya ialah :
1) Kurma yang disebut dalam hadis
Tahukah anda bahawa antara 1400 jenis kurma yang ada, kurma Ajwa merupakan kurma yang disebut dengan jelas di dalam hadis akan kelebihan mengamalkannya.
Ù…َÙ†ْ تَصَبَّØَ بِسَبْعِ تَÙ…َرَاتٍ عَجْÙˆَØ©ً، Ù„َÙ…ْ ÙŠَضُرَّÙ‡ُ Ø°َÙ„ِÙƒَ الْÙŠَÙˆْÙ…َ سُÙ…ٌّ، ÙˆَÙ„َا سِØْرٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]
2. Cirinya Yang Unik
Buah kurma Ajwa merupakan kurma yang berwarna gelap dan kehitaman, berbentuk hampir bulat dan kecil. Tidak manis dan isinya yang lembut. Ia juga mempunyai khasiat yang unik dibandingkan kurma lain.
3. Melindungi daripada jangkitan
Kurma Ajwa merupakan kurma yang mampu mengelakkan diri dari sebarang jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung kita serta bersifat anti kanser.
Ia juga kaya dengan zat magnesium iaiti mineral di mana ia amat penting sebagai anti radang.
4. Sumber antioksidan
Kurma Ajwa juga merupakan sumber antioksidan di mana ia mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh setanding produk antioksidan yang ada di pasaran.
5. Berkhasiat buat ibu mengandung dan menyusukan bayi
Selain sinonim dengan bulan puasa, kurma juga sinonim dengan ibu ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana ia mampu memberi tenaga yang berterusan. Kurma Ajwa juga mampu meningkatkan susu badan untuk ibu yang menyusukan bayi selain daripada melindungi daripada sebarang jangkitan dan penyakit.
6. Melancarkan sistem penghadaman
Bila berpuasa, badan kita kekurangan air. Jadi agak mudah terkena sembelit. Mengamalkan makan kurma Ajwa mampu menghindarkan dari sembelit dan pembuangan jadi lawas. Kandungan serat yang terdapat di dalamnya melancarkan sistem percernaan.
Kurma Ajwa Asli Madinah Keluaran Rihura Herbs
Kurma Ajwa dari Rihura Herbs jadi pilihan kerana gred kurma Ajwa ni merupakan gred 1 di mana ia merupakan kurma berkualiti tinggi, paling segar dan elok.
Walaupun harga kurma Ajwa ni mahal tapi tidak kira peringkat apa pun anda juga mampu beli kurma Ajwa keluaran Rihura Herbs ni kerana harganya yang mampu milik. Kini, semua orang mampu membeli dan merasa keenakkan dan kesedapan kurma Ajwa.Bagi nuna tak salah pun kalau kita menyediakan makanan yang terbaik untuk diri kita jika ia mendatangkan kebaikan kan.
Bagusnya kurma Ajwa keluaran rihura Herbs ini ialah selain dari harga yang berpatutan, kualiti kurmanya juga terbaik. Setiap produk merupakan stok terbaru bukan stok lama.
Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura Herbs ini mempunyai 5 jenis bungkusan dan berat yang berbeza. Setiap bungkusan mempunyai harga yang berbeza mengikut berat iaitu :
[100g] RM 15
[200g] RM 28
[300g] RM 40
[500g] RM 60
[1kg] RM 110
Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh hubungi Rihura Herbs :
Whastapp : +60 10-501 2717
Facebook : https://www.facebook.com/rihuraherbs/
Website : https://www.rihura.com/
0 Comments
Hai visitor
komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.