Assalamualaikum dan hai semua.Pada entri kali ini nuna nak hadiahkan sesuatu yang agak special untuk anda semua.Apa tu?

Nuna akan letak dalam blog nuna sebuah cerpen yang bertajuk Lestari Kasih Cyperus Rotundus.Nak tahu apa maksud Cyperus Rotundus silalah baca cerpen ni ya.

Baiklah tak nak cakap panjang,nuna akan kongsikan sinopsis cerpen ni okey.


Rangka idea

Tajuk : Cerpen Lestari Kasih Cyperus rotundus

 

Tema: Kasih Sayang

 

Persoalan:Pentingnya kasih sayang dalam kalangan keluarga dan tanggungjawab menjaga keindahan alam.

 

Watak : Prof Rashdan,Hairi dan Naira

 

Latar: Di kampung Batu sembilan,di hutan dan di makmal penyelidikan.

 

Sinopsis: Prof Rashdan merupakan seorang saintis di salah sebuah syarikat penyelidikan gergasi di Eropah.Selepas beberapa tahun isterinya meninggal,anak tunggal kesayangannya,Naira pula telah disahkan mempunyai penyakit kanser.Berbekalkan ilmu yang ada dalam pelbagai kajian penyelidikan,Prof Rashdan percaya halia hitam atau nama saintifiknya cyperus rotundus dapat merawat penyakit anaknya itu dan telah membawa dia dan anaknya Naira pulang ke Malaysia dan menetap di salah sebuah hutan di kampung Batu Sembilan iaitu sebuah kampung pedalaman di semenanjung Malaysia.Semua orang kampung menggangap Prof Rashdan dan Naira “orang misteri”kerana tidak bergaul dengan orang kampung.Namun tidak bagi Hairi seorang anak kampung Batu Sembilan,dia merasakan ada sesuatu yang unik dan menarik tentang keluarga itu.Akhirnya Hairi menjadi rapat dengan Prof Rashdan dan juga Naira.Saat Prof Rashdan hampir menemui penawar,Naira telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.Tidak mahu orang lain mengalami nasib seperti anaknya,Prof Rashdan telah menyumbangkan hasil kajian kepada sebuah institusi pembuatan ubat-ubatan.Malah Hairi juga diambil sebagai anak angkat oleh Prof Rashdan.Akhirnya Hairi juga mengikut jejak langkah Prof Rashdan menjadi seorang penyelidik muda.

 

okey untuk next part,nuna akan upload pula part 1,Part 2,Part 3 dan Part 4 untuk cerpen Lestari kasih Cyperus Rotundus.

0 Comments