PART 2 CERPEN LESTARI KASIH CYPERUS ROTUNDUS
PART 2
Masa berlalu begitu pantas,pejam celik kini sudah setahun rupanya Prof Rashdan menetap
disini.kini kawasan pedalaman ini sudah tidak asing bagi dia dan anaknya Naira yang suatu
ketika dulu menentang usulnya untuk berpindah ke Malaysia.kelihatan Naira sedang ralit
memetik bunga-bungaan yang kembang mekar di sekitar halaman rumahnya lantas
dimasukkan ke dalam bakul rotan.Hati Prof Rashdan kadang kala tercuit dengan tingkah
anaknya itu.Duduk disini pun bukan ada kawan untuk berteman.Namun itu lebih baik bagi anak
perempuannya itu memandangkan Naira juga tidak boleh lasak sangat.Doktor juga lebih
mencadangkan Naira untuk kurangkan aktiviti yang lasak kerana akan menjejaskan
kesihatannya nanti.
Prof Rashdan kini mampu tersenyum apabila rumput halia bara atau nama saintifiknya cyperus
rotundus kini membuahkan hasil apabila banyak rumput itu membesar dengan elok dan subur.
Rumput Halia Bara juga berasal dari Afrika tengah dan selatan utara dari Perancis dan Austria
dan Asia selatan.Dia juga yakin bahawa rumput halia hitam ini dapat merawat penyakit anaknya
kerana beberapa bahan kimia dapat dikenal pasti dalam C. rotundus: α-siperona, β-selinena
siperena, patchoulenona, sugeonol, kobusona, dan isokobusona ,A seskuiterpena, rotundone,
dinamai begitu kerana diekstrak daripada tuber tumbuhan ini.
Oleh sebab ada antara sampel yang masih tidak memuaskan,jadi dia memutuskan untuk
menetap terus disini selagi penawar yang dicari belum lengkap dan siap untuk dijadikan ubat
buat Naira.
“Abah look here!Cantik kan?”tanya Naira sambil menunjukkan sebuah flower crown yang
sedang dipakainya.Sempat dia ketawa mengekek.Mungkin jua Naira merasa puas dapat
menyiapkan sebuah flower crown yang begitu cantik dengan jalinan bunga halus berwarna
kuning dan berbau harum itu.Naira memang seorang yang kreatif jadi tidak hairanlah dia
mampu membuat sebuah kraf tangan yang cantik.
“Cantik sangat!Anak abah memang selalu cantik!”ujar Prof Rashdan membuatkan Naira
senyum simpul dipuji oleh ayahnya sendiri.
WARUNG Pak Amat menjadi kecoh dengan cerita panas yang dicipta oleh Bidin dan Abu
mengenai lelaki misteri dan anak perempuannya yang tinggal di pinggir hutan.
“Weh kamu semua tahu tak yang lelaki tua dan anak perempuannya tu orang sewel dan
gila”ujar Abu bersungguh-sungguh bercerita kepada orang kampung yang berada di warung
Pak Amat.
“Huish kau ni biar betul?Kalau tak betul jadi fitnah nanti”celah salah seorang pemuda.
“Apa tak betul pulaknya...aku nampak dengan mata kepala aku sedikit kot yang pak cik tua tu
pergi tanam apa tah malam -malam dekat depan rumah dia.Malam-malam pulak tu.Seram
aku”Tambah bidin merangkap kaki kepoh kampung yang suka menjaja cerita orang.
“Haish tak boleh jadi ni kita kena buat sesuatu...apa kata kita halau je pak cik tua tu dan anak
dia tu.Sejak mereka datang macam-macam bala dekat kampung ni jadi.Kau tahu tak anak Esah
semalam balik mengaji menggigil sejuk,katanya nampak lembaga”
“Apa lembaga?Kau biar betul?”semua seakan terkejut dengan berita yang disampaikan Abu.
“Aku tak percaya laa kamu berdua ni...memang selalu reka cerita yang tak betul,berdosa
nanti.Itu fitnah namanya”Bangkang Pak Amat yang sedang menghantar kopi untuk
pelanggannya.
“Ouhh tak nak percaya sudah...jangan sampai lembaga tu cekik Pak Amat sudah gara-gara
lelaki misteri dekat hujung hutan tu.Kalau bukan dia siapa lagi?Dia datang je terus semua
perkara mistik jadi dekat kampung kita”balas Abu yang tidak puas dengan bangkangan Pak
Amat.
Pada masa yang sama juga,Hairi salah seorang pemuda Batu Sembilan menghantar nasi
lemak yang dibuat oleh maknya ke warung Pak Amat.Sejak arwah ayahnya meninggal sepuluhtahun lepas,mak Hairi,Mak cik Kinah mula berniaga nasi lemak untuk membesarkan empat
orang anaknya.
Sekarang walaupun sudah tiga anak-anaknya berjaya mendapatkan pekerjaan yang baik di ibu
kota,dia masih meneruskan perniagaan itu sekadar mengisi masa lapang sahaja.Malah Hairi
juga seorang anak yang baik,dia selalu menghantar nasi lemak ke warung Pak Amat
memandang dia sudah tamat pengajian di peringkat matrikulasi.
‘Lelaki tua di pinggir hutan?aku mesti kena ambil tahu ni’Hairi bermonolog sendirian.Malah Hairi
juga seorang pemuda yang tidak suka akan ketidak pastian.Jadi dia bercadang untuk
menyiasat sendiri sejauh mana misterinya pak cik tua itu.Adakah benar apa yang diperkatakan
oleh Bidin dan Abu?
0 Comments
Hai visitor
komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.