Assalamualaikum dan hai semua.

Hari ini,nuna  ingin kongsikan dengan anda salah doa amat digalakkan untuk kita amalkan setiap hari di awal pagi ataupun setiap kali selepas solat.


Nama doa ini adalah Doa Pembuka Dua Belas Pintu.



Fadhilat Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Doa ini memang banyak fadhilat atau kelebihannya yang tersendiri. Antaranya:

  1. Di murahkan rezeki
  2. Mudah mendapat jodoh dan cinta sejati
  3. Keselamatan
  4. Kesihatan
  5. Kasih-sayang, 
  6. Ilmu
  7. Keampunan Allah SWT

Apa yang saya senaraikan di atas hanyalah sebahagian fadhilatnya sahaja.

Untuk mengetahui kelebihannya yang lain bolehlah anda merujuk dengan guru-guru yang alim atau kitab-kitab yang muktabar.

Pada saya, fokus yang perlu diutamakan bukannya kelebihan atau fadhilat doa ini, tetapi kemampuan kita untuk berdoa dan istiqamah dengan amalan ini.

Ini kerana, Allah SWT menyukai hambanya yang istiqamah dalam beramal.

Perkara lain yang lain dalam berdoa adalah kesungguhan, keikhlasan dan keyakinan kita kepada Allah SWT.

Marilah kita beramal dengan doa ini bersungguh-sungguh di samping melakukan amalan-amalan lain seperti bersedekah, memudahkan orang lain, bekerja bersungguh-sungguh, solat sunat dan lain-lain lagi.

InsyaAllah, tidak ada suatu pun yang mampu menghalang jika Allah SWT sudah tetapkan rezeki kita.

Mudahan-mudahan bermanfaat untuk semua.

1 Comments

  1. Alhamdulillah, terima kasih Nuna share ilmu ni. Saya save ye :)

    ReplyDelete

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.